Unai Emery sokong tindakan Stan Kroenke membeli Arsenal (pemilikan tunggal).

Unai Emery percaya tindakan Stan Kroenke untuk mengambilalih kelab itu menjadi pemilik tunggal adalah 'positif' walaupun usaha tersebut (pengambilalihan) mendapat kritikan dan bantahan daripada peminat.



Kroenke dilaporkan bersetuju dengan perjanjian untuk membeli 30 peratus kepentingan (saham) Alisher Usmanov di Arsenal dengan nilai bayaran lebih daripada 550 juta pound pada Selasa lalu dan tindakan itu membolehkan beliau memiliki dan menguasai penuh kelab bolasepak Arsenal.

Pembelian kepentingan Usmanov itu akan memberikan pemilikan Kroenke sebanyak 97 peratus dan akan membawa kepada pembelian wajib terhadap baki saham yang mana ianya dimiliki oleh sebahagian peminat Arsenal.

Tindakan Kroenke itu digambarkan peminat sesuatu yang menyedihkan buat peminat dan ianya juga sesuatu yang 'mengerikan' untuk melihat Arsenal dikuasai dan dimiliki oleh Kroenke secara persendirian (mutlak).

Namun, pengendali baharu Arsenal, Unai Emery dilaporkan menyokong tindakan jutawan Amerika itu dalam memiliki kepentingan 100 peratus terhadap Arsenal berdasarkan laporan Sky Sports.

"For that this news for me is positive and his commitment to Arsenal is the most important."
-- Unai Emery

Memetik laporan tersebut, Emery mengatakan:

"Saya bertemu dengan keluarga Kroenke di Atlanta dan beliau telah memberikan jaminan dan komitmen beliau dalam projek ini bersama Arsenal," 

"Untuk berita ini bagi saya, ianya adalah positif dan komitmen beliau kepada Arsenal adalah yang paling penting."

Tidak ada pemain yang dibenarkan meninggalkan Arsenal kecuali Carl Jenkinson, David Ospina dan Joel Campbell.

Dengan jendela perpindahan ditutup untuk kelab Liga Perdana Inggeris melakukan pembelian selain menjual ataupun melepaskan pemain, Emery telah memberi amaran kepada skuadnya yang mana tidak ada pemain akan dibenarkan keluar kecuali Carl Jenkinson, David Ospina dan Joel Campbell.

Hal ini dilaporkan oleh Sky Sports selepas jendela perpindahan ditutup pada 9 Ogos lalu dimana Emery telah memberikan penerangan seperti berikut:

"Semalam jendela ditutup buat Liga Perdana dan hari ini kami mengadakan pertemuan dengan para pemain untuk menutup semua kemungkinan buat para pemain meninggalkan mahupun kemasukan pemain baru," jelas Emery.

"Kami mempunyai tiga pemain Carl Jenkinson, David Ospina dan Joel Campbell yang mempunyai kemungkinan untuk meninggalkan kelab, tetapi pemain lain, mereka kekal bersama kami."

Post a Comment

Previous Post Next Post