Kisah perpindahan yang tidak kesampaian Arsenal pada tahun 2002.

Fabian Carini

Setiap kali memasuki jendela perpindahan, pasti ingatan kembali segar kepada peristiwa Arsenal menandatangi Fabian Carini.

Pada jendela perpindahan musim panas tahun 2002, Arsenal pada awalnya dilaporkan telah menandatangani penjaga gol Juventus, Fabian Carini secara pinjaman setelah Juventus mendapatkan Gianluigi Buffon pada musim sebelumnya daripada Parma dengan nilai perpindahan yang dianggarkan sekitar £33 juta.

Pada 26 Julai 2002, BBC melaporkan dimana Arsenal telah menandatangani penjaga gol kelahiran Uruguay, Fabian Carini secara pinjaman daripada Junventus malahan pemain tersebut turut mendedahkan perasaan beliau apabila teruja menyertai Arsenal dalam laporan tersebut.

"Saya gembira untuk menyertai Arsenal, mereka adalah salah satu kelab terhebat di Eropah dengan ramai pemain hebat," kata Carini.

"Mudah-mudahan saya berjaya memikat kelab dan penyokong mereka dengan secukupnya, agar saya boleh melanjutkan tempoh saya di Arsenal."

Pengurus Arsenal ketika itu, Arsene Wenger turut berkata bahawa kemasukan penjaga gol tersebut secara pinjaman pasti mengukuhkan skuad Arsenal pada musim tersebut.

"Dia adalah penjaga gol antarabangsa yang masih muda dan mempunyai keupayaan semula jadi yang luar biasa serta perwatakan yang menarik."

"Dia pasti menguatkan skuad kami kerana kami mahu mengekalkan kejuaraan musim depan." jelas Arsene Wenger.

Ketika itu (pada musim tersebut), Wenger merasakan Arsenal memerlukan penjaga baru selepas beliau menjual Alex Manninger kepada Espanyol dan Richard Wright ke Everton.

Richard Wright dibawa masuk ke Arsenal pada 5 Julai 2001 sebelum meninggakalkan kelab pada 2002 untuk menyertai Everton.

Sementara penjaga gol veteran Arsenal ketika itu, David Seaman hanya menandatangani kontrak satu tahun (penyambungan) dan beliau merupakan penjaga gol utama Arsenal ketika itu.

Dan ketiadaan dua penjaga gol selepas penjualan Manninger dan Wright, Wenger mahu mencari penjaga gol kedua Arsenal pada musim itu sebagai 'backup' kepada Seaman.

Pinjaman yang dilakukan terhadap penjaga gol Juventus itu pasti memberi penyelesaian mudah buat Wenger pada musim tersebut.

Namun pada 16 Ogos 2002, ketika liga hampir membuka tirai, berita mengenai kemasukan Fabian Carini mencetuskan persoalan dimana Arsenal dikatakan gagal mencapai kata sepakat bersama penjaga gol tersebut yang akhirnya menyaksikan perpindahan tersebut menemui kegagalan.

Pada awalnya ramai pihak menyangkakan bahawa segalanya telah selesai, lebih-lebih lagi apabila Wenger telah menjual Richard Wright dan juga Alex Manninger namun ia sebenarnya masih belum dimuktamadkan lagi.

Dan situasi tersebut menyebabkan Arsenal berada didalam krisis kekurangan penjaga gol selain David Seaman dan penjaga gol muda Stuart Taylor yang tersedia buat skuad Arsenal musim itu.

"He has not yet been registered because he has not yet signed his contract, we were under the impression that personal terms had been agreed but that has turned out not to be the case," -Wenger.

Musim itu menyaksikan Arsenal menandatangani Rami Shaaban daripada kelab Djurgarden pada 30 Ogos 2002 dengan nilai perpindahan yang tidak didedahkan.

Rami Shaaban mewakili Arsenal pada 2002 hingga 2004.

Pada jendela perpindahan Januari 2003 pula, Arsenal menandatangani seorang lagi penjaga gol iaitu Guillaume Warmuz daripada Lens, juga nilai perpindahan tidak didedahkan.

Kemasukan Warmuz ini dikatakan berpunca daripada kecederaan yang dialami Shaaban dan Warmuz meninggalkan Arsenal pada Julai 2003 setelah kemasukan Jens Lehmann dan beliau menyertai Borussia Dortmund sebagai pengganti kepada Lehmann.

Dan rekod penampilan kedua-dua penjaga gol tersebut bersama Arsenal amat mengecewakan apabila Rami Shaaban hanya membuat tiga penampilan dalam saingan liga dan dua penampilan dalam saingan Liga Juara-Juara sebelum mengalami kecederaan pada Disember 2002 - patah kaki.

Guillaume Warmuz hanya bersama Arsenal pada tahun 2003.

Manakala Guillaume Warmuz langsung tidak membuat sebarang penampilan dalam mana-mana kejohanan bersama Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post