Pogba, pemain keempat yang membuka musim baru dengan gol penalti.

Sepakan penalti pada minit ke-3 perlawanan yang disempurnakan oleh pemain tengah Manchester United merupakan gol pertama dalam kempen Liga Perdana Inggeris 2018/19.



Lebih daripada 1,000 gol dijangkakan bakal dihasilkan bagi kempen Liga Perdana Inggeris musim 2018/19 dan ianya hanya mengambil masa tiga minit untuk Paul Pogba menjaringkan gol pertama bagi kempen kali ini.

Pogba menjaringkan gol pertama liga (pembukaan) pada minit ke-3 melalui sepakan penalti ketika bertemu Leicester City.
Pemenang Piala Dunia FIFA 2018 menjaringkan gol melalui sepakan penalti untuk meletakkan Manchester United di depan  pada separuh masa pertama perlawanan ketika menentang Leicester City dalam perlawanan pembukaan musim 2018/19 pagi tadi.

Beliau merupakan pemain pertama dari kalangan pemain daripada dua pasukan tersebut untuk mencatat rekod tersebut, walaupun empat perlawanan pembukaan yang lalu telah menemukan salah satu daripada dua pasukan itu.

Dan musim lalu ianya menampilkan kisah yang sangat berbeza apabila Arsenal membuka kempen 2017/18 dengan penuh debaran dimana tujuh gol berjaya dijaringkan ketika perlawanan yang dimenangi Arsenal dengan keputusan 4-3 mengalahkan Leicester.

Jaringan Terpantas
Alexandre Lacazette hanya memerlukan 94 saat untuk mencatatkan gol pembukaan liga musim 2017/8.



Lebih manis, itu juga merupakan gol ketiga dalam rekod Liga Perdana Inggeris dijaringkan dalam masa kurang daripada 2 minit bagi gol pembukaan liga (kempen).

Malah pemegang rekod penjaring gol paling cepat yang pertama yang merekodkan jaringan dalam tempoh 2 minit bagi gol pembukaan liga turut dijaringkan pemain Arsenal iaitu Kevin Campbell ketika menentang Manchester City pada musim 1994/95 yang berkesudahan Arsenal 3-0 Manchester City

Manakala Faustino Asprilla (Newcastle United) merupakan penjaring kedua yang mencatatkan jaringan terpantas dalam gol pembukaan kempen (dalam tempoh 2 minit) pada perlawanan diantara Newcastle United menentang Sheffield Wednesday pada musim 1997/98, yang berkesudahan Newcastle memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 2-1.

Kevin Campbell (Arsenal), penjaring terpantas pertama dalam  gol pembukaan liga yang dijaringkan dalam tempoh 2 minit.
Jaringan Penalti
Gol yang dijaringkan Pogba pagi tadi merupakan gol keempat bagi gol pembukaan liga / kempen yang dijaringkan melalui sepakan penalti.

Alan Shearer merupakan pemain pertama daripada kalangan tiga pemain terdahulu yang menjaringkan gol pembukaan liga menerusi sepakan penalti (sebelum Pogba terkini menjaringkan menerusi sepakan penalti).

Pada perlawanan diantara Blackburn Rovers menentang Queens Park Rangers pada musim 1995/96, Shearer yang beraksi untuk Blackburn menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-5 perlawanan untuk gol pembukaan liga.

Michael Ricketts mencatat selaku pemain kedua yang menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-4 untuk untuk Bolton Wanderers ketika menentang Fulham pada 2002/03, sementara David Dunn melakukannya untuk Birmingham City ketika menentang Spurs pada 2003/04.

Gol Sendiri
Satu-satunya pemain yang menjaringkan gol sendiri pada perlawanan pembukaan liga adalah Kyle Walker untuk memberikan kemenangan kepada  Man. Utd  1-0 ke atas Spurs pada Ogos 2015.


Kyle Walker kekal selaku penjaring gol sendiri bagi gol permbukaan liga setakat ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post