Arsenal bakal berdepan Manchester City jam 11 malam ini dilaman sendiri pada perlawanan pertama musim baru.
Di atas kertas menampakkan kekuatan pasukan pelawat apabila nilai keseluruhan skuad Manchester City musim ini (setakat ini) bernilai €1.05 bilion, kira - kira £890 juta berbanding Arsenal hanya bernilai €557 juta (kira-kira £498 juta) bagi nilai keseluruhan skuad musim ini.
Kekuatan Manchester City jelas menunjukkan hampir dua kali ganda kekuatan skuad Arsenal berdasarkan nilai keseluruhan pasukan setakat ini.
Dan jika mengambil kira kesebelasan utama termahal yang mampu diturunkan oleh kedua-dua pasukan, Arsenal mampu menurunkan kesebelasan utama bernilai €423 juta (76% daripada nilai keseluruhan pasukan).
Kesebelasan termahal Arsenal bernilai €423 juta. |
Manakala Manchester City pula mampu menurunkan kesebelasan utama yang bernilai €725 juta (72% daripada nilai keseluruhan pasukan).
Ini bermakna skuad simpanan Manchester City bernilai €325 juta kira-kira 76.8% kekuatan kesebelasan termahal Arsenal.
Kesebelasan termahal Manchester City bernilai €725 juta. |
Itu berdasarkan nilai pasaran semasa dan formasi serta kesebelasan tersebut tidak mencerminkan kekuatan sebenar kedua-dua pasukan yang bakal berentap malam ini.
KEKUATAN SEBENAR
Arsenal musim ini telah membawa masuk lima pemain baru manakala Man.City pula membawa masuk empat pemain baru.
Boleh dikatakan City selaku penyandang juara mempunyai barisan skuad yang lengkap dan mantap berbanding Arsenal.
Malahan mereka pada musim ini masih mengekalkan skuad utama musim lalu dan ditambah dengan kemasukan Riyad Mahrez yang mampu memberi sedikit suntikan tambahan kepada mereka.
Manakala Arsenal musim ini, dengan kemasukan lima pemain baru ke dalam skuad, dijangka menyelesaikan masalah utama yang dihadapi Arsenal musim lalu terutamanya pada barisan pertahanan.
Serta kemasukan Torreira dijangka mampu menberi tonik tambahan kepada Arsenal yang kekurangan pemain 'ball winner' musim lalu.
Senarai pemain baru yang dibawa masuk Arsenal musim ini.
Bil. | Pemain | Posisi | Kelab Terdahulu | Nilai Perpindahan |
---|---|---|---|---|
1 | Stephan Lichtsteiner | Pertahanan Kanan | Juventus | Percuma |
2 | Bernd Leno | Penjaga Gol | Bayer Leverkusen | €25 juta |
3 | Sokratis Papastathopoulos | Pertahanan Tengah | Borussia Dortmund | €16 juta |
4 | Lucas Torreira | Tengah | Sampdoria | €30 juta |
5 | Matteo Guendouzi | Tengah | Lorient | €8 juta |
Boleh dikatakan City selaku penyandang juara mempunyai barisan skuad yang lengkap dan mantap berbanding Arsenal.
Malahan mereka pada musim ini masih mengekalkan skuad utama musim lalu dan ditambah dengan kemasukan Riyad Mahrez yang mampu memberi sedikit suntikan tambahan kepada mereka.
Manakala Arsenal musim ini, dengan kemasukan lima pemain baru ke dalam skuad, dijangka menyelesaikan masalah utama yang dihadapi Arsenal musim lalu terutamanya pada barisan pertahanan.
Serta kemasukan Torreira dijangka mampu menberi tonik tambahan kepada Arsenal yang kekurangan pemain 'ball winner' musim lalu.
Senarai pemain baru yang dibawa masuk City:
Bil. | Pemain | Kelab asal | Nilai Perpindahan |
---|---|---|---|
1 | Riyad Mahrez (sayap kanan) | Leicester | €67.8 juta (£60 juta) |
2 | Claudio Gomes (defensive midfielder) | PSG | tiada data |
3 | Philippe Sandler (pertahanan tengah) | PEC Zwolle | €2.5 juta |
4 | Daniel Arzani (sayap kiri) | Melbourne City | €890k |
FORMASI
Unai Emery, musim lalu bersama Paris Saint-German dalam saingan Liga Perancis menggunakan hampir 90% perlawanan dengan formasi 4-3-3 dan hanya menggunakan empat kali sahaja formasi lain iaitu 4-2-3-1.
Beliau mencatatkan tiga kekalahan (dengan formasi 4-3-3), dan enam seri (juga dalam formasi 4-3-3) selain memenangi perlawanan lain dengan empat kali menggunakan 4-2-3-1 dan selebihnya adalah 4-3-3.
Manakala Pep Guardiola pada musim lalu, beliau lebih banyak menggunakan formasi empat pemain pertahanan dan dua formasi yang menjadi kegemaran beliau adalah 4-3-3 serta 4-1-4-1.
Dan dua kekalahan yang dicatatkan Manchester City musim lalu adalah ketika Pep Guardiola menggunakan formasi 4-3-3.
Dua kekalahan tersebut adalah tewas ketika menentang Liverpool ditempat lawan dengan keputusan penuh perlawanan Liverpool 4-3 City.
Liverpool ketika itu juga menggunakan formasi 4-3-3.
Manakala satu lagi kekalahan City musim lalu adalah ditangan Manchester United yang juga menggunakan formasi 4-3-3.
Namun kekalahan City ditangan United berlaku ditempat sendiri apabila keputusan penuh perlawanan City 2-3 United.
Bil. | Formasi | Jumlah | Menang | Seri | Kalah |
---|---|---|---|---|---|
1 | 3-1-4-2 | 3 | 2 | 1 | - |
2 | 3-5-2 | 1 | 1 | - | - |
3 | 4-1-4-1 | 14 | 13 | 1 | - |
4 | 4-3-3 | 18 | 15 | 1 | 2 |
5 | 4-2-31 | 2 | 1 | 1 | - |
JUMLAH | 38 | 32 | 4 | 2 |
Rekod Head to Head Unai Emery vs Pep Guardiola
Sudah tentu perlawanan malam ini bakal menampilkan sesuatu yang menarik dengan Arsenal dibawah kendalian pengendali baru, Unai Emery bakal bertemu bekas seteru beliau ketika di La Liga, Pep Guardiola.
Dan setakat ini dalam 10 pertemuan diantara kedua-dua mereka selaku pengurus / ketua jurulatih, Emery masih gagal menewaskan Guardiola dan hanya mampu seri sebanyak empat perlawanan selain kalah sebanyak enam kali.
Dan skuad kendalian Emery hanya mampu menjaringkan tujuh gol dan bolos sebanyak 22 gol dalam 10 kali pertemuan diantara pasukan kendalian Emery dan Guardiola.
Dan setakat ini dalam 10 pertemuan diantara kedua-dua mereka selaku pengurus / ketua jurulatih, Emery masih gagal menewaskan Guardiola dan hanya mampu seri sebanyak empat perlawanan selain kalah sebanyak enam kali.
Dan skuad kendalian Emery hanya mampu menjaringkan tujuh gol dan bolos sebanyak 22 gol dalam 10 kali pertemuan diantara pasukan kendalian Emery dan Guardiola.
Unai Emery | vs | Pep Guardiola |
---|---|---|
- | Menang | 6 |
4 | Seri | 4 |
6 | Kalah | - |
Kesimpulan
Dari segi serangan Arsenal dilihat tidak jauh bezanya jika dibandingkan City musim lalu apabila mencatatkan 15.6 percubaan setiap perlawanan dan City melakukan 17.5 setiap perlawanan (secara purata).
Rekod Pertembungan Lima Perlawanan Terakhir
|
Cuma menjadi masalah utama Arsenal musim lalu apabila gagal memenangi perlawanan ditempat lawan.
Rekod Arsenal musim 2017/18
Rekod | P | M | S | K | J | B | +/- | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Keseluruhan (Tangga ke-6) | 38 | 19 | 6 | 13 | 74 | 51 | 23 | 63 |
Laman Sendiri (Tangga ke-2) | 19 | 15 | 2 | 2 | 54 | 20 | 34 | 47 |
Laman Lawan (Tangga ke-11) | 19 | 4 | 4 | 11 | 20 | 31 | -11 | 16 |
Manakala City sekalu juara liga musim lalu dengan hanya 2 kekalahan disamping empat seri, sudah pasti menjelaskan bagaimana kuatnya mereka musim lalu.
Dan musim ini, mereka masih mengekalkan barisan yang sama dan ditambah kemasukan Mahrez, pasti mengukuhkan skuad mereka kali ini.
Arsenal | Liga Perdana 2017/18 |
Man. City |
---|---|---|
1.9 | Goals per game | 2.8 |
58.5% | Avg. Possession | 66.4% |
84.3% | Pass Accuracy | 89% |
15.6 | Shots per game | 17.5 |
16.4 | Tackles per game | 14.8 |
10.1 | Dribbles per game | 13.2 |
52 | Kad Kuning | 59 |
2 | Kad Merah | 2 |