Unai Emery mahukan Arsenal untuk membuat langkah terakhir dapatkan bintang Barcelona, ​​Ousmane Dembele.

Unai Emery dilaporkan telah memberitahu kepada pihak pengurusan Arsenal untuk membuat langkah terakhir mendapatkan bintang Barcelona, ​​Ousmane Dembele.



Arsenal dikatakan dalam persediaan untuk mengemukakan tawaran berjumlah £89 juta untuk Ousmane Dembele selepas Unai Emery meyakinkan pihak pengurusan Arsenal dalam melakukan bidaan di saat-saat akhir menurut laporan dari Sepanyol.

Pemain Perancis itu berulang kali dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal musim ini, lebih-lebih lagi menjelang penutupan jendela perpindahan musim panas kali ini.

Dan spekulasi perpindahan Dembele ke Arsenal semakin hangat diperkatakan selepas beliau dilihat bergambar bersama beberapa pemain utama Arsenal termasuklah Pierre-Emerick Aubameyang.

Walau bagaimanapun, harapan Gunners bagaikan berkecai untuk mendapatkan beliau setelah pemain tersebut kembali ke latihan bersama Barcelona awal seminggu untuk merebut tempat bersama kelab Sepanyol itu.

Pun begitu, menurut akhbar Catalan, Mundo Deportivo, itu tidak menghalang Arsenal dan mereka sudah bersedia untuk membuat satu tawaran akhir untuk menggoda Barcelona supaya menjual Dembele.

The Gunners telah membelanjakan sebahagian besar peruntukan perpindahan mereka untuk jendela musim panas ini tetapi Arsenal dikatakan telah membuat tawaran untuk mendapatkan Dembele secara pinjaman dengan yuran pinjaman sebanyak £8.9 juta dengan klausa mandatori untuk membuat perjanjian tetap (beli) pada musim panas depan dengan nilai sebanyak £ 80.3 juta.



Emery dikatakan begitu meminati pemain sayap muda Perancis itu dan percaya kemasukan Dembele mampu menambah dimensi baru dan sangat diperlukan untuk bahagian serangan Arsenal.

Walaupun Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu telah bercakap bersama Dembele dan menyakinkan beliau mengenai masa depannya di Camp Nou, namun pemain tersebut dikatakan tidak begitu yakin dengan perancangan pengendali pasukan tersebut, Ernesto Valverde terhadap dirinya.

Lebih-lebih lagi Barcelona telah membawa masuk Malcom yang ditandatangani mereka dengan nilai perpindahan sebanyak £35 juta dari  Bordeaux, menyukarkan peluang Dembele untuk beraksi bersama Barcelona musim depan.

Walaupun Arsenal berharap untuk mencuba buat kali terakhir menjelang tarikh penutupanan jendela perpindahan pada Khamis ini (waktu UK), namun Barcelona turut terdesak untuk mencari dana tambahan bagi mendapatkan pemain tengah Manchester United,  Paul Pogba.

Segalanya adalah mungkin buat masa ini namun penulis tidak merasakan bahawa perpindahan ini bakal berlaku lebih-lebih lagi Arsenal dikatakan mahu melakukan perpindahan secara pinjaman dengan klausa pembelian pada jendela perpindahan musim panas tahun depan.

Namun menurut laporan Daily Mail, mereka mengatakan bahawa Barcelona sedia melepaskan pemain tersebut kepada Arsenal dengan nilai perpindahan berjumlah £96 juta.

Nilai yang begitu tinggi itu bukanlah cara Arsenal berbelanja walaupun Arsene Wenger tidak lagi bersama Arsenal.

Pun begitu penulis juga mungkin silap dalam mentafsir cara berbelanja Arsenal yang baru.

Post a Comment

Previous Post Next Post