Perpindahan Ospina kini semakin sahih dan mengejutkan jika ianya tidak menjadi kenyataan.

Wartawan TRT Spor, Firat Gunayer mendakwa Besiktas telah mencapai persetujuan dengan Arsenal mengenai perpindahan David Ospina.


Opsina telah dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Istanbul sepanjang jendela perpindahan musim panas ini dibuka ini dan perpindahan ke Turki kini dikatakan telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Sky Sports juga melaporkan bahawa kelab Turki itu telah bersetuju dengan terma peribadi bersama pemain kebangsaan Colombia itu, selepas media Turki turut melaporkan berita yang sama serta pendedahan Gunayer yang mendakwa perjanjian perpindahan dengan Arsenal juga telah dicapai.
Menurut Gunayer, hanya terdapat beberapa butiran kecil untuk dibincangkan dan dimuktamad oleh kedua-dua pihak.

Dan beliau percaya bahawa ianya akan menjadi satu kejutan besar jika Ospina tidak menyertai Besiktas sebelum jendela perpindahan ditutup untuk kelab Super Lig.

Besiktas sebelum ini kuat dikaitkan dengan perpindahan mendapatkan Ospina selepas mereka menjual Fabri ke Fulham. 

Penjaga gol kebangsaan Colombia itu dijangka meninggalkan Arsenal berikutan kemasukan Bernd Leno yang menyukarkan beliau untuk beraksi bersama Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post