PSG sedia buat tawaran mega dapatkan pemain yang dikaitkan dengan perpindahan menyertai Arsenal, Dembele.

Paris Saint Germain (PSG) sedia membuat tawaran mega untuk pemain sayap Barcelona yang merupakan pemain paling kuat dikaitkan dengan Arsenal pada perpindahan musim panas ini.

Gergasi Perancis, PSG masih belum membuat tawaran terhadap pemain sayap Barcelona namun dilaporkan mahu menggandingkan pemain tersebut bersama Neymar dan Kylian Mbappe musim ini (2018/19).

Sebelum ini, pemain tersebut kuat dikaitkan dengan Arsenal setelah tersebarnya gambar beliau bersama bintang-bintang Arsenal dalam satu majlis makan malam sehinggakan terdapat laporan yang mengatakan Arsenal bakal menandatangani pemain tersebut secara pinjaman sebelum membelinya pada musim akan datang (2019/20).

Dan laporan terdahulu juga mengatakan bahawa Barcelona sedia melepaskan pemain tersebut dengan nilai perpindahan yang dipercayai sekitar £ 100 juta.

Menurut Sport di Sepanyol dan Paris United di Perancis, PSG telah mensasarkan Dembele dalam jendela perpindahan musim panas ini dan dijangka bakal melakukan (membuat) tawaran perpindahan untuk menandatangani bintang Barcelona, ​​Ousmane Dembele.

Dan menurut laporan itu juga, juara Liga (La Liga) itu tidak akan melepaskan Dembele secara mudah kepada PSG walaupun mengetahui pasukan tersebut begitu mengimpikan pemain tersebut berada bersama skuad mereka musim ini (2018/19).

Dembele mempunyai klausa pelepasan berjumlah £360 juta didalam kontrak beliau bersama Barcelona dan jika tawaran PSG ditolak serta kelab Perancis tersebut masih menginginkan Dembele, maka jalan terakhir yang mampu dilakukan mereka adalah dengan menebus kontrak pelepasan pemain itu.

Barcelona dilaporkan masih enggan menjual pemain berusia 21 tahun itu yang telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama mereka pada musim panas lalu.

Tindakan itu (tidak mahu menjual) dikatakan berpunca kerana kegagalan mereka untuk mendapatkan seorang lagi bintang Perancis yang mewakili Atletico Madrid, Antoine Griezmann.

Post a Comment

Previous Post Next Post