Leicester telah mencapai persetujuan dengan Freiburg untuk menandatangani Caglar Soyuncu

Pemain berusia 22 tahun itu telah bersetuju menyertai Leicester City untuk tempoh lima tahun dengan bayaran perpindahan yang tidak didedahkan. 

Namun perpindahan tersebut tertakluk kepada kelulusan permit kerja bagi membolehkan Soyuncu beraksi bersama kelab itu.

Syarat-syarat pemain antarabangsa mendapatkan permit kerja di UK

Berikut adalah pengumuman yang dibuat secara rasmi pada laman rasmi Leicester City.

Leicester City Setuju Perpindahan Dapatkan Caglar Soyuncu.

Kelab Bola Sepak Leicester City boleh mengesahkan bahawa perjanjian telah dicapai dengan SC Freiburg untuk perpindahan pemain pertahanan Caglar Soyuncu.

- Leicester City bersetuju perpindahan untuk Caglar Soyuncu dari SC Freiburg
- Pemain berusia 22 tahun itu telah bersetuju dengan kontrak selama lima tahun untuk bayaran yang tidak didedahkan.
- Pemain antarabangsa Turki itu telah mewakili negaranya sebanyak 15 kali.
- Perpindahana ini tertakluk kepada kelulusan permit kerja yang diberikan kelak.

Pemain berusia 22 tahun itu telah bersetuju dengan syarat peribadi, menjalani ujian perubatan dan menandatangani kontrak lima tahun di Stadium King Power namun tertakluk kepada permit kerja yang akan diberikan.

Pemain antarabangsa Turki, Caglar Soyuncu membuat penampilan sulung untuk pasukan kebangsaannya ketika berusia 19 tahun, menentang Sweden pada Mac 2016 dan semenjak itu beliau telah membuat 14 penampilan lagi.

Musim lepas, pemain pertahanan itu telah beraksi sebanyak 30 kali untuk SC Freiburg dengan pasukannya menamatkan saingan Bundesliga ditangga ke-15, layak ke pusingan 16 pasukan terbaik DFB-Pokal dan pusingan kelayakan ketiga bagi Liga UEFA Europa.

Post a Comment

Previous Post Next Post