Reiss Nelson berada di ambang perpindahan tinggalkan Arsenal.

Pemain berusia 18 tahun itu dikhabarkan bakal menyertai Hoffenheim dan akhbar Jerman mengatakan perjanjian itu hampir selesai.



Arsenal dan kelab Bundesliga itu dilaporkan telah bersetuju dengan perpindahan melibatkan pemain muda yang mempunyai bakat dan potensi besar dalam bolasepak.

Perpindahan tersebut dikatakan bakal dilaksanakan secara pinjaman untuk tempoh semusim (sepanjang musim ini), dan kini urusan perpindahan tersebut hanya tinggal terma peribadi bersama pemain itu sahaja yang belum dimuktamadkan.

Menurut Bild, mereka menerangkan bahawa kontrak Nelson akan tamat pada bulan Jun 2019, dan ini bermakna beliau mampu berpindah secara percuma selepas tempoh pinjaman itu berakhir.

Namun difahamkan bahawa Arsenal juga bertindak untuk melanjutkan tempoh kontrak pemain tersebut bersama kelab sebelum memutuskan sebarang keputusan bersama Hoffenheim.

Nelson dianggap salah seorang pemain muda berbakat besar dalam bolasepak Inggeris dan setakat yang difikirkan oleh Bild, perpindahan tersebut bakal memberikan peluang terbaik buat pemain muda itu untuk beraksi bersama kesebelasan utama pasukan yang bakal disertai beliau.

Sancho, 18 tahun menyertai Dortmund pada 31 Ogos 2017 dengan nilai perpindahan dianggarkan sekitar £8 juta.
Jika menjadi kenyataan, Nelson bakal mengikuti laluan yang sama dengan rakan sepasukan beliau ketika bersama skuad kebangsaan England (skuad U19), Jadon Sancho yang kini beraksi di Bundesliga bersama Borussia Dortmund.

Post a Comment

Previous Post Next Post