"Saya gembira di England" - Laurent Koscielny mengenai masa depan beliau bersama Arsenal.

Kali terakhir beliau membuat penampilan bersama Arsenal adalah pada 3 Mei 2018 ketika menentang Atletico Madrid di peringkat Separuh Akhir Kedua Liga Europa yang menyaksikan Arsenal tersingkir dengan aggregate 2-1 kepada kelab Sepanyol itu.



Pada perlawanan tersebut, beliau hanya sempat beraksi selama 12 minit sebelum dikeluarkan akibat mengalami kecederaan (achilles tendon rupture) yang memaksa beliau berehat panjang sehinggakan terlepas peluang untuk mewakili Perancis di Kejohanan Piala Dunia 2018 Rusia.

Semenjak itu, kisah dan perkembangan kapten Arsenal ini agak jarang didengari terutama ketika pasukan sibuk menjalani persiapan pra musim 2018/19.

Beliau ketika ini menghabiskan sebahagian besar musim panasnya di selatan Perancis untuk memulihkan dan merawat kecederaan yang dialami selain memulakan sesi fisioterapi serta mensasarkan untuk kembali beraksi pada bulan November ini bersama Arsenal.

Berusia 32 tahun dan mempunyai kontrak bersama Arsenal sehingga Jun 2020, beliau ketika ini tidak memikirkan soal untuk berpindah keluar daripada Arsenal selain menghormati kontrak bersama Arsenal dan kekal di London.

Malah beliau turut mengakui gembira berada di London sebagaimana laporan yang dikeluarkan oleh media Perancis,Var-Matin semalam.



Koscielny yang ditanya mengenai perancangan masa depan selepas berakhirnya kontrak bersama Arsenal, beliau menjelaskan:

"Selepas? Saya fikir saya akan terus bermain, tetapi saya tidak tahu di mana. Ia bukan sesuatu yang perlu difikirkan sekarang. Saya gembira di England, seperti juga keluarga saya."

"Sudah tentu terdapat banyak persoalan. Yang paling penting adalah kesihatan anda. Saya telah belajar untuk meletakkan perkara dalam perspektif, kerana ada banyak perkara yang lebih buruk dalam kehidupan. "

Perspektif: pandangan (pentafsiran) yangg wajar bukan sesuatu dengan memperkirakan bahagian-bahagiannya dalam hu­bungan keseluruhannya, amat penting dalam menghadapi hal ini; oleh yg demikian ianya hendaklah dilihat dari sudut lain. 

Selain kontrak yang hanya akan berakhir pada Jun 2020, masa depan beliau juga menjadi tanda tanya setelah Arsenal kini dikendalikan oleh Unai Emery yang menggantikan Arsene Wenger.

Petikan laporan Var-Matin
Beliau sebelum ini telah bertemu dengan Unai Emery selepas proses pembedahan kecederaan yang dialami dan persoalan sama ada beliau masih berada didalam perancangan Emery hanya bakal diketahui kelak (setelah beliau mampu beraksi).



Unai Emery bertemu dengan kapten Arsenal, Laurent Koscielny. Kredit foto:  Arsenal True Fans
"Dia (Emery) memberitahu saya untuk menjaga diri saya. Liga Inggeris semakin kuat, dan perebutan untuk empat teratas sangat sengit, kerana terdapat banyak pasukan yang hebat ketika ini. " jelas Koscielny.

Beliau turut meminta semua pihak supaya memberi peluang dan masa buat pengendali baru Arsenal (Emery) itu membentuk pasukan selain mencipta kejayaan buat Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post