Arsenal bakal kehilangan Ivan Gazidis setelah AC Milan dilaporkan telah membuat tawaran secara rasmi

Arsenal dilaporkan bersedia untuk bergerak tanpa Ivan Gazidis setelah Ketua Eksekutif (CEO) kelab menerima tawaran rasmi daripada AC Milan.

Menurut laporan (Telegraph), Gazidis telah memaklumkan kepada Ahli Lembaga Pengarah Arsenal mengenai tawaran yang diterima beliau daripada gergasi Itali, AC Milan.

Namun beliau belum mengesahkan sama ada mahu menerima tawaran tersebut atau memutuskan untuk kekal bersama Arsenal.

Bagaimanapun, laporan itu menganggap bahawa kemungkinan untuk Ivan Gazidis menyertai AC Milan adalah sangat tingggi.

Gazidis has formally informed the Arsenal board of an offer from the seven-times European Champions and, although a definite decision has not yet been made or confirmed, the departure of the club’s most influential executive has become a very real possibility.

Ketua Eksekutif berusia 53 tahun itu merupakan individu yang sangat berpengaruh di Emirates ketika ini selepas melakukan beberapa perubahan terhadap struktur kelab dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Sebelum Arsene Wenger mengumumkan persaraan beliau, Gazidis telah melakukan beberapa perubahan dengan melantik Ketua Hubungan Bolasepak, Raul Sanllehi dan Ketua Pengambilan, Sven Mislintat yang mana ianya telah melihatkan fungsi Arsenal berjalan jauh lebih lancar.

Dan perlantikan dua individu tersebut mampu meringankan bebanan Unai Emery yang dilantik sebagai Ketua Jurulatih menggantikan Arsene Wenger.

Serta beliau (Gazidis) juga berjaya memadamkan (melupuskan) peranan ataupun jawatan Pengurus Pasukan di Arsenal.

Pemilik AC Milan yang baru (Elliot Management) dilaporkan mahu melantik Gazidis untuk mengawasi perubahan struktur yang dilakukan mereka dan berminat untuk menjadikan beliau sebagai Pengarah Eksekutif di San Siro.

Jika Ivan Gazidis menerima tawaran daripada AC Milan itu, siapakah yang bakal mengisi ataupun menggantikan kedudukan beliau?

Post a Comment

Previous Post Next Post