Skuad Arsenal musim depan (2018/19), termasuk pemain berusia di bawah umur 21 tahun dan Home Grown

Musim lalu (2017/18), kesemua kelab Inggeris yang bersaing di dalam saingan liga perlu mengemukakan atau menghantar senarai lengkap 25 pemain yang akan mewakili kelab masing-masing sebelum atau pada 1 September jam 4 petang (waktu BST).


Dan untuk musim ini, kami menganggap bahawa ianya juga perlu dihantar pada waktu dan tarikh yang sama (1 September 2018) sebelum jam 4 petang (waktu BST).

Jika musim lalu, kategori pemain bawah 21 tahun ditakrifkan mereka yang lahir selepas 1 Januari 1996, maka bagi musim ini (2018/19) kami menganggap pemain bawah 21 tahun ditarifkan mereka yang dilahirkan selepas 1 Januari 1997.

Untuk pengetahuan, pemain bawah 21 tahun tidak layak didaftarkan sebagai pemain yang tersenarai dalam senarai 25 pemain yang bakal didaftarkan dan mereka juga tidak akan dikira sebagai pemain home-grown.

Pemain home-grown ini mestilah mereka yang berusia melebihi 21 tahun bagi musim baru yang akan dijalankan.

Mavropanos dilahirkan pada 11 Disember 1997 dan Ainsley Maitland Niles pula dilahirkan pada 20 Ogos 1998, serta Mattéo Guendouzi pula dilahirkan pada 14 April 1999; ini memberi kelebihan buat Arsenal kerana mereka ini boleh beraksi dan bermain dibawah kategori pemain Bawah 21 tahun.

Dan mereka boleh bermain untuk pasukan utama tanpa perlu mendaftarkan mereka didalam senarai 25 pemain tersebut.

Ini meninggalkan Arsenal ketika ini seramai 26 pemain daripada 30 pemain secara keseluruhan yang perlu dimasukan di dalam senarai 25 pemain untuk didaftarkan musim depan.

*Selepas Takuma Asano dipinjamkan dan Mavropanos, Ainsley Maitland Niles dan Mattéo Guendouzi dikira pemain Bawah 21 tahun.

Dan daripada 26 pemain tersebut, Arsenal memiliki  lapan pemain berstatus Home Grown.

Jika Ramsey dan Welbeck dijual, ini bermakna Arsenal kekurangan dua pemain berstatus Home Grown dan ini menjadikan senarai yang (jumlah pemain)  boleh didaftarkan adalah berjumlah 23 pemain sahaja untuk saingan liga.

* 17 pemain asing + 6 pemain Home Grown = 23 pemain.

Walaupun hanya 23 pemain yang layak didaftar (mengambil andaian Ramsey dan Welbeck dijual), Arsenal masih memiliki 26 pemain yang boleh beraksi pada saingan liga musim depan (termasuk Mavropanos, Ainsley Maitland Niles dan Mattéo Guendouzi).

Namun daripada jumlah tersebut, Arsenal ketika ini mempunyai 18 pemain asing dan salah seorang pemain tersebut tidak boleh didaftarkan.

Dan ini bakal mencetuskan siapakah pemain yang perlu dilepaskan ataupun dipinjamkan bagi musim depan (buat pemain asing)?

Bil No.Jersi Posisi Pemain Umur Status Home Grown
Penjaga Gol
1 1 GK Petr Čech 36 EU
2 13 GK David Ospina 29 Non-EU
3 19 GK Bernd Leno 26 EU
4 26 GK Emiliano Martínez 25 Non-EU HG
Pertahanan
5 2 DF Héctor Bellerín 23 EU HG
6 5 DF Sokratis Papastathopoulos 30 EU
7 6 DF Laurent Koscielny 32 EU
8 12 DF Stephan Lichtsteiner 34 EU
9 16 DF Rob Holding 22 EU HG
10 18 DF Nacho Monreal 32 EU
11 20 DF Shkodran Mustafi 26 EU
12 21 DF Calum Chambers 23 EU HG
13 25 DF Carl Jenkinson 26 EU HG
14 27 DF Konstantinos Mavropanos 20 EU B21
15 31 DF Sead Kolašinac 25 EU
Tengah
16 4 MF Mohamed Elneny 26 Non-EU
17 7 MF Henrikh Mkhitaryan 29 Non-EU
18 8 MF Aaron Ramsey 27 EU HG
19 10 MF Mesut Özil 29 EU
20 11 MF Lucas Torreira 22 Non-EU
21 15 MF Ainsley Maitland-Niles 20 EU B21
22 29 MF Mattéo Guendouzi 19 EU B21
23 34 MF Granit Xhaka 25 EU
Penyerang
24 FW Takuma Asano (dipinjamkan) 23 Non-EU
25 9 FW Alexandre Lacazette 27 EU
26 14 FW Pierre-Emerick Aubameyang 29 EU
27 17 FW Alex Iwobi 22 EU HG
28 23 FW Danny Welbeck 27 EU HG
29 28 FW Lucas Pérez 29 EU
30 35 FW Joel Campbell 26 Non-EU

Sumber; Premier League

Post a Comment

Previous Post Next Post