Steven Nzonzi dilaporkan pengganti kepada kekosongan yang bakal ditinggalkan Ramsey

Arsenal dilaporkan tidak menghadapi masalah untuk mencari pengganti dengan cepat sekiranya Aaron Ramsey meninggalkan kelab musim pada musim panas ini, menurut laporan akhbar Sepanyol.

Media Sepanyol, El Desmarque melaporkan berita mengenai pemain tengah Welsh dimana mereka mendakwa bahawa The Gunners boleh terus menggantikan pemain tersebut dengan Steven Nzonzi dari Sevilla.

Laporan itu mengatakan bahawa Unai Emery tidak pernah ketinggalan untuk mengikuti perkembangan pemain kebangsaan Perancis itu yang mana pemain tersebut tidak berminat untuk kekal beraksi di La Liga.

Laman web itu turut mendakwa, bahawa Sevilla menganggap ini merupakan masa yang tepat untuk menjual Nzonzi dan pemain tengah itu mempunyai 'beberapa sebab' untuk meninggalkan kelab itu dengan London dilihat sebagai penyelesaian terbaik buat dirinya.

El Desmarque banyak mengulas mengenai hala tuju Ramsey dengan melaporkan bahawa pemain tersebut bakal menyertai Chelsea dengan nilai perpindaha berjumlah € 35 juta. 

Mereka turut mendakwa bahawa hasil penjualan Ramsey itu bakal digunakan untuk mendapatkan Steven Nzonzi dan urusan tersebut dijangka tidak mengambil masa yang lama untuk dimuktamadkan seandainya senario ini terjadi.

Pun begitu, perkembangan ini hanya bakal diketahui dalam masa terdekat ini sama ada Arsenal bakal melakukan pembelian atau tidak memandangkan jendela perpindahan buat kelab Inggeris membeli pemain hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi ( 9 Ogos 2018 - waktu BST)

Post a Comment

Previous Post Next Post