Arsenal dan Sporting setuju dalam perpindahan Perez namun keputusan ditangan pemain tersebut

Arsenal dan Sporting dilaporkan telah mencapai persetujuan secara prinsip untuk perpindahan Lucas Perez ke kelab Portugis itu.

Namun ianya kini bergantung kepada rundingan diantara Sporting bersama pemain tersebut dalam membincangkan mengenai terma-terma peribadi bagi menjayakan perpindahan itu.

Perkembangan ini dilaporkan oleh dua akhbar sukan berpengaruh di Portugal iaitu A Bola dan O Jogo yang mana kedua-dua media ini melaporkan perkara yang hampir serupa mengenai perpindahan ini.

Kedua-duanya media tersebut, mendakwa bahawa walaupun Gunners dan Lions hampir bersalaman (mementerai persetujuan urusniaga perpindahan) namun Perez masih perlu diyakini untuk menyertai pasukan Lisbon itu.

Pemain tersebut turut mendapat (mempunyai) tawaran lain dan dilaporkan agak keberatan untuk melakukan langkah itu (menyertai Sporting). 

Selain itu, lapora O Jogo menegaskan bahawa serangan terhadap pemain di tempat latihan Sporting turut menjadi salah satu punca mengapa perpindahan itu dilihat sesuatu yang sukar buat Perez kerana ianya bakal menjadi satu masalah buat pemain tersebut membuat keputusan menyertai pasukan dari Portugal itu.

Sementara itu, A Bola pula mengatakan bahawa Perez sedang memikirkan tawaran lain yang diterima beliau ketika ini daripada kelab kelab Itali dan juga Arab Saudi.

A Bola turut mendakwa bahawa Arsenal pada mulanya menuntut €5 juta untuk melepaskan pemain tersebut, tetapi akhirnya menerima (bersetuju) dengan tawaran yang lebih rendah yang dibuat oleh Sporting untuk pemain tersebut.

Manakala O Jogo pula mengatakan bahawa perpindahan Perez ke Sporting adalah melalui perjanjian pinjaman, jadi ini adalah bahagian yang tidak begitu jelas mengenai perpindahan ini.

Dan kerana Lions tidak mempunyai syarat untuk membayar gaji penuh terhadap pemain tersebut, Perez harus menerima bayaran gaji yang lebih rendah atau Arsenal harus membayar sebahagian daripadanya jika pemain tersebut menyertai Sporting secara pinjaman.


Walaupun akhbar Portugis itu begitu positif  mengenai urusan perpindahan Lucas Perez ke Sporting, namun situasi ini kelihatan tidak mungkin, baik untuk Perez mahupun Arsenal. 

Ini kerana Perez ketika ini kuat dikatakan menyertai kelab dari Itali.


Selain itu, beliau juga turut dikaitkan dengan perpindahan menyertai kelab Inggeris.

Post a Comment

Previous Post Next Post