Unai Emery tuntut perubahan besar dalam kempen Arsenal musim ini (2018/19).

Unai Emery telah memberitahu pemain Arsenal bahawa mereka membawa terlalu banyak 'lemak' dan tidak berlari secukupnya dalam perlawanan ketika beliau berusaha membawa Arsenal kembali ke saingan Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.



Menurut laporan Express, bekas jurulatih Sevilla dan PSG yang terkenal dengan reputasinya sebagai pengendali yang menerapkan gaya permainan bertenaga tinggi, Emery telah menetapkan sasaran utama untuk membawa Arsenal kembali ke saingan tertinggi kelab bolasepak Eropah (UCL) pada tahun berikutnya.

Beliau percaya bahawa setiap pemain dibawah kendalian beliau ketika ini perlu 'membuang' secara purata sebanyak 1.3kg lemak namun itu bukannya bermaksud pemain-pemain Arsenal ketika ini mempunyai berat badan yang berlebihan.

Ketika ini, Darren Burgess telah ditugaskan untuk menggantikan 'lemak' setiap pemain dengan 1.23kg 'lean mass muscle' dan Emery juga menuntut setiap pemain untuk berlari sebanyak 28.89km lebih banyak bagi musim ini. 

Dan ini menjadikan setiap pemain perlu berlari sejauh 760 meter lebih banyak dalam setiap perlawanan liga musim ini (jumlah perlawanan keseluruhan liga adalah 38).

Selain itu juga, Emery mahukan rekod buruk kecederaan pemain yang dialami Arsenal berkurangan musim ini.


Chelsea vs Arsenal
Alexandre Lacazette kemungkinan bermula selaku pemain utama ketika menentang Chelsea. Kredit gambar : Express
Emery memulakan kempen Liga Perdana Inggeris musim pertama selaku pengendali Arsenal dengan permulaan yang mengecewakan dirinya apabila mengalami kekalahan 2-0 ditangan Manchester City pada hari Ahad lalu.

Dan Arsenal bakal berkunjung ke Stamford Bride bagi menghadapi Chelsea pada perlawanan kedua liga yang bakal berlangsung pada Ahad ini (19 Ogos) jam 12.30 pagi waktu Malaysia.

Emery dikatakan dalam dilema sama ada menurunkan penjaga gol utama Arsenal ketika ini, Petr Cech ataupun penjaga gol baru, Bernd Leno bagi memastikan perancangan taktikal dan teknikal beliau berjalan lancar ketika pertemuan diantara dua pasukan itu pada Sabtu malam Ahad ini.

Serta beliau kemungkinan bakal menurunkan Alexandre Lacazette sebagai pemain utama selepas pemain tersebut mempamerkan aksi yang mengagumkan ketika dimasukkan pada babak kedua perlawanan menentang City minggu lalu.

Dan apapun keputusan yang bakal dilakukan oleh pengendali berusia 46 tahun itu, bekas bintang Tottenham, Jermaine Jenas berharap Emery akan melakukan perubahan pada taktik Arsenal dengan menggunakan pendekatan yang berbeza daripada yang digunakan ketika menentang pasukan yang dibimbing oleh Pep Guardiola tempoh hari.

Beliau (Jenas) memberitahu Express Sport: "Saya fikir Arsenal akan merasa sedikit sukar."

"Apa yang menarik ialah pada kesebelasan yang bakal ditentukan oleh Emery. Saya fikir perlawanan menentang Manchester City telah membuka matanya sedikit demi sedikit mengenai apa yang bakal terjadi pada penghujung saingan Liga Perdana,"

"Bukannya dia tidak tahu tetapi saya rasa perlawanan tersebut seperti 'Saya bermain di halaman sendiri, saya perlu menarik minat penyokong' tetapi secara realistiknya, mereka tidak mempunyai pasukan untuk melakukan itu,"

"Saya menjangkakan bakal berlaku perubahan besar. Saya akan terkejut jika beliau menurunkan gandingan Mkhitaryan, Aubameyang dan Ozil, yang mana mereka bakal bermain nanti."

"Saya dapat melihat salah seorang daripada mereka bakal direhatkan (berada dibangku simpanan) kerana mereka perlu lebih kukuh."

"Mereka tidak boleh bermain seperti menentang City ketika berdepan Chelsea, kerana pasukan itu juga mampu meranapkan impian Emery untuk melihat kemenangan pertama beliau selaku pengendali Arsenal."

Adakah anda bersetuju dengan pendapat Jermaine Jenas bahawa Emery perlu melakukan perubahan besar dalam kesebelasan utama ketika berdepan Chelsea?

Post a Comment

Previous Post Next Post