Nampaknya AC Milan bukan sahaja bakal mendapatkan Ivan Gazidis dari Arsenal, malahan mereka juga dilaporkan bakal membawa seorang pemain mengikuti perpindahan CEO itu menyertai mereka.
Khabar angin yang mengatakan Rossoneri berminat mendapatkan Ketua Eksekutif Arsenal sudah lama diperkatakan dan terkini akhbar Itali turut menambah bahawa kelab tersebut juga mensasarkan pemain Arsenal.
Tuttosport melaporkan bahawa Milan juga berminat untuk mendapatkan Aaron Ramsey, yang mana kontrak pemain tersebut bakal berakhir bersama Arsenal pada penghujung musim ini.
Dengan Tuttosport tetap dengan caranya, kita sudah boleh mengetahui cara mereka yang tidak memerlukan banyak maklumat untuk menulis artikel besar.
Oleh itu, tiada sebarang dakwaan mengenai pendekatan atau rundingan diantara pihak Itali itu dengan wakil pemain tersebut dilaporkan buat ketika ini.
Apa yang mereka katakan adalah bahawa Ramsey tidak begitu berminat untuk menandatangani pembaharuan kontrak bersama The Gunners, dan perkembangan tersebut menjadikan ianya adalah peluang terbaik untuk Milan mendapatkan pemain tersebut.
Tuttosport menjelaskan bahawa Milan mempunyai kewangan yang cukup untuk dibelanjakan bagi pembelian pemain, namun pemain seperti Ramsey dilihat satu peluang terbaik dan terhidang serta tersedia secara percuma.
Sudah tentu ianya menjadi keutamaan mereka, lebih-lebih lagi mereka kini dibawah pengurusan baru.
Sudah tentu ianya menjadi keutamaan mereka, lebih-lebih lagi mereka kini dibawah pengurusan baru.