Arsenal dijangka memanjangkan kontrak Monreal dengan pemain itu sedia beraksi sehingga umur 40 tahun

Awal minggu lalu, kami menyampaikan berita dari Sepanyol bahawa Barcelona mencari bek kiri yang berpengalaman dan Nacho Monreal telah dikatakan menjadi sasaran kelab tersebut.



BACA : Barcelona mahukan Nacho Monreal

Namun lima hari lalu, media Sepanyol melalui Mundo Deportivo mendakwa juara La Liga itu sangat berminat untuk menandatangani pertahanan The Gunners, Nacho Monreal dan Chelsea, Cesar Azpilicueta pada 2007 ketika mereka berdua berada di Osasuna.

Monreal berpindah ke Malaga pada 2011 sebelum dia ditandatangani oleh kelab utara London pada tahun 2013, manakala rakan senegaranya meninggalkan pasukan Sepanyol dan menghabiskan dua tahun di Marseille dari 2010 hingga 2012 sebelum beralih ke Stamford Bridge.

Pertahanan Arsenal itu masih berada dalam radar Blaugrana, lebih dari satu dekad setelah usaha mereka gagal dalam menandatanganinya sebelum ini.


Kontrak semasa Monreal bersama Arsenal bakal berakhir dipenghujung musim ini dan pengendali baharu Arsenal, Unai Emery dilaporkan berminat untuk mengekalkan beliau untuk sekurang-kurangnya setahun lagi.



Walaupun bakal mencecah usia 33 tahun, Mundo Deportivo mendakwa bahawa Arsenal dilaporkan mahu mengekalkan Monreal bersama kelab sehingga 2020.

Dan laporan Evening Standard dua hari lalu mendedahkah bahawa beliau berhasrat untuk bermain sehingga umur 40 tahun.


That is my idea, that is what I want, we will see what happens but I feel good. - Monreal

Post a Comment

Previous Post Next Post