Emery patut kekalkan gandingan Aubameyang dan Lacazette ketika berdepan Newcastle

Pengendali Arsenal, Unai Emery harus kekal dengan formula kemenangan sebagaimana aksi terakhir sebelum ini dengan menurunkan gandingan Alexandre Lacazette bersama Pierre Emerick Aubameyang dalam permulaan kesebelasan utama menurut Phil Neville.



Musim ini Lacazette telah bermula sebagai pemain gantian dalam tiga perlawanan pertama Arsenal dan pada perlawanan terakhir lalu (menentang Cardiff City), beliau telah beraksi sebagai pemain utama pada permulaan sehingga akhir  perlawanan.

Dua aksi terakhir beliau telah memberikan sesuatu yang positif terhadap keputusan perlawanan dan juga sumbangan yang ditunjukkan beliau apabila telah menghasilkan satu jaringan dan dua bantuan gol.

Lebih-lebih lagi pada perlawanan menentang Cardiff City dimana beliau telah menjaringkan satu gol dan satu bantuan gol.

Rekod penampilan Lacazette setakat ini
# Lawan Keputusan Jaringan Bantuan Gol Minit Mula Minit Beraksi
1 Arsenal vs Man City 0:2 54' 36'
2 Chelsea vs Arsenal 3:2 75' 15'
3 Arsenal vs West Ham 3:1 1 46' 45'
4 Cardiff vs Arsenal 2:3 1 1 0' 90'



Dan menentang Newcastle pada hujung minggu ini (esok,15 September jam 10 malam waktu Malaysia), bekas pemain Manchester United dan Everton iaitu Phill Neville percaya bahawa gandingan Lacazette dan Aubameyang pada permulaan perlawanan akan membantu Emery untuk mencapai kemenangan kali ketiga secara berturut-turut.

"Mereka menjaringkan lebih banyak gol, mereka mempunyai gerakan yang lebih baik," kata Neville

"Pemain pertahan tidak suka bermain menentang beliau (Lacazette) kerana pergerakannya yang tajam dan mengejut."

"Arsenal adalah pasukan yang lebih baik dengannya."

"Persoalannya berapa lama Aubameyang sanggup mengorbankan dirinya atau gembira berada di sebelah kiri (sayap kiri)."

Hujah Neville yang mengatakan bahawa serangan Arsenal lebih berbahaya apabila Lacazette bermula di awal perlawanan disokong oleh statistik berikut.

Purata gol Arsenal adalah sebanyak 2.2 gol apabila Lacazette beraksi pada permulaan perlawanan (dari kick-off), berbanding hanya 1.5 gol sahaja apabila beliau tidak bermula pada permulaan perlawanan.

Malahan purata mata Arsenal juga meningkat apabila Lacazette bermula di awal perlawanan dengan 2.0 mata berbanding hanya 1.1 mata sahaja ketika beliau tidak di turunkan.

Lacazette starting Arsenal in PL 2017/18 to present Lacazette not starting
27 Played 15
16 Won 5
5 Drawn 1
6 Lost 9
59 Goals for 23
2.2 Goals/match 1.5
59.3 Win % 33.3
2.0 Points/match 1.1

Post a Comment

Previous Post Next Post