Alexandre Lacazette tidak berpuas hati dengan Pierre-Emerick Aubameyang.

Penarafan FIFA 19, meletakkan Alexandre Lacazette lebih perlahan daripada Pierre-Emerick Aubameyang menyebabkan beliau tidak gembira.



Penyerang The Gunners itu bertindak membuang kad FIFA 19 yang memaparkan data pemain beliau secara bergurau ke dalam tong sampah selepas menyaksikan beliau diberikan penarafan yang lebih rendah daripada Aubameyang.

Permainan FIFA 19 yang baru akan mula dipasarkan pada 28 September ini dan peminat-peminat pemainan video ini tidak sabar untuk mengetahui ciri-ciri terbaru serta data-data menarik dan terkini mengenai pemain yang terdapat pada FIFA 19.


Penarafan FIFA 19 yang memberikan Aubameyang lebih laju berbanding dirinya nyata tidak menggembirakan Lacazette sambil beliau bergurau dengan mengatakan:

"Lihat betapa lajunya saya tinggalkan tempat ini."

Berikut adalah reaksi Alexandre Lacazette terhadap penarafan FIFA 19 yang memberikan rakan sepasukan Pierre-Emerick Aubameyang lebih laju daripada beliau.


Post a Comment

Previous Post Next Post