Mesut Ozil punca kegemilangan dan kecemerlangan Alexis Sanchez

Alexis Sanchez pasti terasa kehilangan khidmat rakan sepasukan lama beliau ketika berada di Arsenal iaitu Mesut Ozil menurut Paul Merson.



Selepas menyertai Manchester United dalam perpindahan penuh kontroversi musim lalu, Sanchez masih lagi gagal mempamerkan aksi cemerlang sebagaimana beliau ketika bersama Arsenal.

Beliau setakat ini telah membuat 21 penampilan bersama skuad The Red Devils itu dengan tiga gol dan tiga bantuan gol dihasilkan beliau.

Ketika Sanchez bersama Arsenal, beliau menjadi pemain yang paling disukai peminat dan penyokong Arsenal kerana berjaya mempamerkan 'kesunggguhan' dan 'ketabahannya' dalam bekerja keras untuk menjaringkan serta menghasilkan gol.


Dan menurut bekas pemain Arsenal, Merson percaya bahawa Ozil telah dilayan dengan 'kasar' serta tidak adil berikutan salah faham mengenai kekurangan semangat kerja yang ditunjukan oleh pemain Jerman itu.



Ianya amat berbeza dengan tindakan Sanchez yang sering kehilangan bola dan mula mengejar untuk mendapat kembali bola serta melakukan 'tackle'.

"Dia (Ozil) tidak akan berlari seperti Sanchez lakukan untuk Arsenal ketika dia kehilangan bola itu dan mengejar 50 meter,'' kata Merson di TalkSPORT.

"Dengan cara itu, dia menjadikan Sanchez pemain yang lebih baik. Para peminat mencintai Sanchez kerana dia akan kehilangan bola tetapi berlari 30 meter ke belakang dan melakukan bentesan."


"Para peminat berkata mengapa tidak Ozil melakukannya?"

"'Tetapi Ozil tidak berbuat demikian kerana dia tidak kehilangan bola dengan kerap."


Pengganti Arsene Wenger, Unai Emery juga dikatakan telah menuntut lebih banyak daripada Ozil apabila pasukannya kehilangan penguasaan dan menegaskan bahawa pemain berusia 29 tahun itu perlu membiasakan diri untuk melakukan beberapa peranan baru serta berbeza bersama skuad Arsenal yang berwajah baru.

Apa pun pembentukan atau sistem yang digunakan oleh pengendali Sepanyol itu, Merson merasakan adalah pentingnya buat Emery untuk memberi ruang yang sesuai kepada pemain yang menerima gaji tertinggi di Arsenal. 

'Dengan £ 350,000 seminggu anda perlu memberi peluang,' tambahnya.

"Ia sukar. Jika saya adalah pengurus, saya mahu dia dalam pasukan tetapi kemudian anda melihat perlawanan dan memikirkan kenapa saya memilih dia untuk hari ini?"

"Ada yang menyukai dia dan ada yang tidak menyukai dia. Bagi saya dia adalah antara pemain terbaik. "

"Bagi saya juga, anda sentiasa memainkan pemain terbaik anda, jadi dia harus bermain dalam pasukan itu."

Post a Comment

Previous Post Next Post