Santi Cazorla dedahkan panggilan telefon daripada Arsene Wenger menyebabkan beliau 'bersyukur' kepada bekas bos Arsenal.

Cazorla kini bermain bersama Villarreal selepas dilepaskan Arsenal apabila kontraknya berakhir musim lalu.



Bekas pemain tengah Arsenal, kini pulih dari kecederaan negeri iaitu tendon Achilles yang hampir-hampir menamatkan karier bolasepaknya.

Santi Cazorla mengakui beliau terhutang budi dan berterima kasih kepada Arsene Wenger selepas menerima panggilan telefon daripada bekas pengurusnya semasa beliau masih bersama Arsenal, menjalani pemulihan ekoran kecederaan ngeri itu.

Pemain kelahiran Sepanyol itu mengalami kecederaan tendon Achilles kanan ketika perlawanan Liga Juara-Juara menentang Ludogorets pada Oktober 2016.

Selepas menjalani ujian dan penilaian terhadap kecederaan yang dialami beliau, keputusan untuk melakukan pembedahan telah diputuskan namun masa depan pemain tersebut bersama kelab menjadi sukar ekoran kontrak beliau bakal berakhir.

Namun Wenger melangkah masuk untuk memastikan pemainnya itu tidak ketakutan memikirkan kontrak yang bakal berakhir itu, walaupun Cazorla terpaksa berehat dan diketepikan daripada skuad utama.

"Arsene sentiasa menyokong saya," kata Cazorla kepada Guardian.

"Dia memperbaharui kontrak saya sebelum pembedahan pertama, yang merupakan tindakan yang luar biasa."

"Dia memanggil saya masuk - Santi, saya akan memberikan anda setahun kontrak lanjutan. Di sini, tandatanganinya, lakukan pembedahan kamu dengan tenang."

"Ini membantu saya memberi tumpuan kepada pemulihan saya tanpa rasa takut, saya bersyukur untuk selama-lamanya."

Beliau selepas dilepaskan Arsenal, kembali ke Sepanyol menyertai Villarreal dan Cazorla telah memainkan tiga perlawanan La Liga secara berturut-turut setakat ini.

Namun beliau sedikit kecewa kerana meninggalkan Arsenal tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal kepada peminat Arsenal di Emirates, yang menyebabkan perasaan ralat dan janggal menghantui dirinya.

"Peminat dan penyokong menyukai saya di sana dan saya sentiasa mempunyai hubungan dengan Arsenal, begitu banyak kenangan," tambahnya. 

"Tidak dapat mengucapkan selamat tinggal (bermain perlawanan perpisahan - perlawanan terakhir) di Emirates adalah seperti tertusuk selumbar pada diri saya."

"Jika saya terpaksa pergi, saya mahu ia dilakukan di hadapan peminat. "


Santi Cazorla, 33 tahun menyertai Arsenal pada 7 Julai 2012 dari Malaga dengan nilai perpindahan sekitar £10 juta dan telah membuat 180 penampilan dengan 29 gol dijaringkan dan 45 bantuan gol dihasilkan beliau.

Post a Comment

Previous Post Next Post