Arsenal berminat dapatkan pemain sayap kanan Lille pada jendela perpindahan Januari nanti.

Jendela perpindahan musim panas buat Liga Perancis telah ditutup pada hari Jumaat lalu (31 Ogos), begitu juga dengan beberapa liga Eropah lain.



Dan menurut laporan, ianya memberi kelegaan buat kelab Perancis, Lille apabila jendela perpindahan telah ditutup.

Ini kerana mereka dilaporkan berada dalam keadaan tertekan untuk mengekalkan pemain mereka, terutamanya Nicolas Pepe yang turut dikatakan menjadi sasaran Arsenal sepanjang jendela perpindahan musim panas baru ini.

Walaupun Arsenal telah membawa lima muka baru menyertai kelab musim ini, namun difahamkan  (menurut Express) bahawa Emery berminat untuk membawa pemain keenam menyertai pemain-pemain seperti Bernd Leno, Stephan Lichtsteiner, Sokratis Papastathopoulos, Matteo Guendouzi dan Lucas Torreira menyertai The Gunners semasa jendela perpindahan masih dibuka.

Pepe dikaitkan dengan perpindahan dari Les Dogues (Lille) sepanjang jendela musim panas dibukanamun pengendali kelab tersebut, Christophe Galtier berjaya mengekalkan pemain berasal dari Ivory Coast yang berusia 23 tahun itu kekal bersama mereka setakat ini.

Prestasi pemain sayap itu bersama Lille musim lalu berjaya menarik perhatian beberapa kelab di seluruh Eropah dan menurut laporan tersebut, ianya juga berjaya menarik minat Arsenal untuk mendapatkan pemain tersebut.



Pun begitu bukan sahaja Arsenal yang dilaporkan cuba untuk menandatangani pemain sayap kanan itu, malahan laporan L'Equipe turut mendakwa bahawa Sevilla, Real Betis dan Lyon juga berminat untuk mendapatkan pemain tersebut.

Juga dilaporkan bahawa kelab tersebut turut dilaporkan telah menerima tawaran setinggi € 35 juta untuk pemain tersebut. Namun tidak didedahkan tawaran tersebut dilakukan daripada kelab mana.

Dan jika Arsenal benar-benar berminat untuk mendapatkan Pepe, sudah tentu nilai setinggi € 35 juta itu menjadi tanda aras untuk mendapatkannya daripada Lille serta ianya hanya boleh dilakukan pada jendela kedua iaitu Januari 2019.

Rekod Penampilan Musim 2017/18

Saingan musim 2017/18 Penampilan Jaringan Bantuan Gol Kad Kuning Minit Beraksi
Ligue 1 36 13 5 5 2.844'
Coupe de France 2 1 - - 112
Jumlah 38 14 5 5 2.956'

Post a Comment

Previous Post Next Post