Wajarkah Stephan Lichtsteiner sekadar menjadi pemerhati?

Pada 5 Jun 2018, Lichtsteiner telah menandatangani kontrak bersama Arsenal setelah dilepaskan Juventus secara percuma.

Semenjak menyertai Arsenal, beliau hanya membuat penampilan selama 55 minit (satu perlawanan) ketika menggantikan Ainsley Maitland-Niles diminit ke-35 pada perlawanan pembukaan liga yang menyaksikan Arsenal tewas 0-2 kepada Manchester City.

Selepas itu, beliau sekadar menjadi pemerhati dibangku simpanan pemain bagi tiga perlawanan berikutnya.

Ketika ini, Emery dilihat bergelut dalam mencari dan membentuk sebuah pasukan yang mantap serta bersesuaian dengan corak dan taktikal beliau bersama Arsenal.

Walaupun berjaya mencatat kemenangan berturut-turut selepas mengalami kekalahan berturut-turut, Emery dilihat masih mengekalkan barisan pertahanan yang sama walaupun memiliki beberapa pilihan lain.
Arsenal vs Manchester City
2 Héctor Bellerín
5 Sokratis Papastathopoulos
15 Ainsley Maitland-Niles Stephan Lichtsteiner
20 Shkodran Mustafi
Chelsea vs Arsenal
2 Héctor Bellerín
5 Sokratis Papastathopoulos
18 Nacho Monreal
20 Shkodran Mustafi
Arsenal vs West Ham
2 Héctor Bellerín
5 Sokratis Papastathopoulos
18 Nacho Monreal
20 Shkodran Mustafi
Cardiff vs Arsenal
2 Héctor Bellerín
5 Sokratis Papastathopoulos
18 Nacho Monreal
20 Shkodran Mustafi

Bukan untuk menidakkan kemampuan Bellerin, namun tidak menjadi satu kesalahan juga buat kita menyuarakan pendapat untuk melihat aksi Lichtsteiner dalam kesebelasan utama Arsenal musim ini.

Mungkin ketika sesi latihan Bellerin dilihat lebih berkelebihan dan berkebolehan untuk menepati ciri yang dikehendaki Emery.

Dan setakat ini Bellerin masih menjadi pilihan utama Emery berbanding  Lichtsteiner.

Wajarkah pemain berusia 34 tahun yang penuh dengan pengalaman sekadar menjadi pemerhati ataupun Bellerin wajar memerhati dan mempelajari sesuatu daripada Lichtsteiner?

Post a Comment

Previous Post Next Post