Arsenal mahukan bekas pemain Chelsea sebagai pengganti Monreal.


Arsenal dilaporkan sedang memantau perkembangan dan situasi bekas pertahanan kiri Chelsea, Felipe Luis dengan tujuan untuk menandatangani pemain tersebut pada Januari depan sebagai pengganti Nacho Monreal.


Walaupun jendela perpindahan telah ditutup beberapa minggu lalu, namun ianya tidak menghalang pihak pengurusan Arsenal untuk terus memantau pemain-pemain lain bagi membawa masuk ke dalam skuad Unai Emery dalam usaha memperkukuhkan pasukan.

Ketika ini, barisan pertahanan Arsenal dilihat masih lagi rapuh dan bagaikan tiada perubahan ataupun peningkatan daripada musim lalu.

Kemasukkan pertahanan berpengalaman Borrusia Dortmund, Sokratis Papastathopoulos juga tidak banyak membantu meningkatkan mutu barisan pertahanan Arsenal setakat ini.

Selain kekurangan 'bisa' pada pertahanan tengah, prestasi Nacho Monreal pada pertahanan kiri Arsenal juga menjadi perbualan dan perhatian ketika ini.


Selepas Arsenal mengharungi empat aksi liga, Monreal baru beraksi tiga perlawanan dengan tidak bermain pada perlawanan pembukaan liga menentang Manchester City, atas faktor kecergasan.

Namun untuk tiga aksi liga seterusnya, menyaksikan beliau bermain penuh setiap perlawanan (90 minit) dan menjaringkan satu gol ketika membantu Arsenal mencatatkan kemenangan pertama musim ini apabila mengalahkan West Ham 3-1.

Bil. Tarikh Venue Lawan Keputusan Jaringan Minit Beraksi Rating
1 8/12/18 H Man City 0:2 - -
2 8/18/18 A Chelsea 3:2 90 6.4
3 8/25/18 H West Ham 3:1 1 90' 7.38
4 9/2/18 A Cardiff 2:3 90' 6.84

Prestasi beliau untuk tiga perlawanan yang dimainkan itu bagaimanapun tidaklah seteruk mana, dengan rating yang dikeluarkan WhoScored secara puratanya adalah 6.87 (setakat ini).

Bagaimanapun menurut laporan Kick Off,  pengendali baharu Arsenal, Unai Emery dikatakan terdesak untuk mendapatkan bekas pertahanan Chelsea, Felipe Luis yang kini beraksi untuk Atletico Madrid.

Felipe Luis berusia 33 tahun ketika ini pernah beraksi semusim bersama Chelsea sebelum menyertai Atletico Madrid pada Julai 2015.
Dengan kontrak pemain Brazil itu bakal berakhir pada penghujung musim ini (30 Jun 2019), Arsenal dikatakan mahu menandatangani pemain tersebut pada jendela perpindahan Januari ini.

Walaupun ketika ini Emery masih memiliki Sead Kolasinac sebagai 'backup' kepada Monreal, namun pemain tersebut dikatakan bukanlah pilihan terbaik buat pengendali kelahiran Sepanyol itu.

Kolasinac dikatakan tidak sesuai dengan taktikal yang diamalkan Emery bersama Arsenal  dan ini menyebabkan rumors kuat mengatakan bahawa Felipe Luis merupakan pengganti yang sesuai buat Monreal.

Pun begitu, PSG juga dilaporkan berminat untuk menandatangani Felipe Luis.

Post a Comment

Previous Post Next Post