Mampukah Leno menggantikan Cech?

Empat perlawanan dengan lapan kali bolos untuk aksi awal musim dilakukan Cech bukanlah perkara baru.


Beliau pada musim lalu turut melepaskan jumlah yang sama pada empat perlawanan pertama liga.

Walaupun tidak dapat dinafikan kehebatan beliau apabila setakat ini telah menyelamatkan 19 percubaan pihak lawan dalam empat perlawanan liga musim ini.

Rekod setakat 4 perlawanan pertama
liga musim 2018/19
Saves 19
Penalties saved 0
Punches 0
High Claims 2
Catches 2
Sweeper clearances 2
Throw outs 26
Goal Kicks 37
Clean sheets 0
Goals conceded 8
Errors leading to goal 0
Own goals 0

Namun dengan corak taktikal baru yang diamalkan oleh Emery bagaikan memberi kesan negatif terhadap kemampuan sebenar Cech.

Arsenal dibawah kendalian Emery melakukan ataupun mengamalkan corak serangan yang bermula daripada dari bawah, menyebabkan kita seringkali dapat menyaksikan beberapa kesilapan Cech yang nyaris dihukum pihak lawan.


Dan prestasi beliau itu turut mendapat respon daripada bekas penjaga gol England, Paul Robinson dalam satu temubual bersama beIN SPORTS.


Beliau merasakan bahawa Emery bakal merehatkan Cech untuk perlawanan seterusnya jika prestasi sebegitu terus dipamerkan oleh penjaga gol utama Arsenal itu.

"Sebagai penjaga gol, saya tidak faham," kata Robinson.

"Dia berada di bawah tekanan untuk bermain dari pengurusnya, saya pernah berada dalam keadaan tersebut sebelum ini."

"Tetapi terdapat situasi tertentu ketika perlawanan di mana anda hanya perlu menyepak bola tersebut."

"Ada masa-masa tertentu di mana anda tidak boleh bermain dengan cara tersebut, anda meletakkan diri anda dan pasukan anda di bawah tekanan dengan cuba bermain demikian."

"Petr Cech bukanlah salah seorang penjaga gol yang selesa dengan bola di kakinya dan saya fikir dia diminta melakukan sesuatu yang dia tidak selesa."

"Saya tidak tahu mengapa dia tidak menyepak bola dalam situasi tersebut bagi menyelamatkan keadaan."

Malah Robinson turut merasakan bahawa Cech bakal digantikan dengan Leno dalam masa terdekat ini.

"Petr Cech tidak selesa dan saya tidak dapat melihat dia bermain lebih lama jika itulah cara dia mahu bermain," jelas Robinson lagi.

"Dia tidak terlalu selesa dengan bola di kakinya, seperti yang kita lihat dua kali hari ini pada peringkat awal."

Arsenal akan bertandang ke Newcastle bagi perlawanan liga seterusnya yang dijadualkan berlangsung pada 15 September sebelum menerima kunjungan Vorskla bagi aksi pembukaan saingan Liga Europa pada 21 September.

Post a Comment

Previous Post Next Post