Arsenal memerlukan masa sebelum mampu menguasai gaya Barcelona menurut lagenda kelab.

Legenda Arsenal, Sol Campbell percaya pemain-pemain Arsenal memerlukan sedikit masa untuk membiasakan diri dengan gaya dan corak yang diamalkan Unai Emery bersama pasukan.

Pengendali Arsenal itu jelas mengarahkan penjaga gol, Petr Cech dan pemain pertahanan untuk bermain dari bawah (build up) musim ini.

Dan tindakan tersebut menyebabkan Cech mengalami kesukaran serta menganggu prestasi beliau ketika ini.

Ini dapat dilihat dalam beberapa kesilapan yang dilakukan beliau yang hampir menyebabkan kerugian kepada pasukan.

Ketika menentang Cardiff City minggu lalu, Cech nyaris-nyaris menghadiahkan goal kepada pasukan tuan rumah selepas kesilapan beliau menghantar terus kepada Harry Arter.

Namun, mujur pemain Cardiff itu gagal memanfaatkan peluang terhidang itu.
Cardiff vs Arsenal

Walaupun Arsenal berjaya mencatat kemenangan yang amat diperlukan apabila menewaskan Cardiff 3-2, namun Campbell mengakui ianya akan mengambil masa buat pemain-pemain Emery untuk menyesuaikan diri dengan gaya baru yang jelas sama sekali amat berbeza dengan apa yang dipraktikan sebelum ini (era Arsene Wenger).
Bagaimanpun Campbell dapat merasakan bahawa masalah yang dihadapi oleh pemain-pemain Arsenal ketika ini dapat diselesaikan mereka tidak lama lagi.

Dan beliu juga percaya bahawa pemain-pemain Arsenal pasti mampu menguasai gaya tersebut yang diibaratkan Campbell  bagaikan gaya yang dipraktikan oleh Barcelona.

"Saya fikir ia adalah mengenai retorik baru, sistem baru" kata Campbell kepada AFTV.

"Pemain mengetahui bagaimana pengurus mahu bermain dan latihan dijalankan dengan begitu hebat."

"Tetapi anda perlu melaksanakannya dalam permainan dan ianya  memerlukan masa."

"Ia tidak akan berlaku dengan segera, jika ia berlaku serta-merta, ianya sangat hebat!"

"Tetapi masih ada perkara yang perlu diselesaikan mereka."

"Pemain perlu membiasakan diri dengan itu, terutama pemain pertahanan."

"Mereka begitu mendalam (deep), hampir seperti gaya Barcelona memulakan permainan."

"Itu sangat luar biasa bagi Arsenal untuk memulakannya dengan cara tersebut."


Dengan aksi liga terhenti seketika minggu ini ekoran International Break, ini juga mungkin membantutkan usaha Emery dalam memperbaiki kelemahan pasukan sebelum menyambung aksi liga menentang Newcastle ditempat lawan pada 15 September ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post