Xhaka tidak sesuai selaku kapten Switzerland menurut bekas pemain Liverpool dan negara itu.

Bekas pemain Liverpool dan kebangsaan Switzerland tidak mahu Xhaka menjadi kapten pasukan negara itu kerana beliau tidak 'mewakili' pasukan dan negara tersebut.



Pengurus kebangsaan Switzerland ketika ini perlu melantik seorang kapten baru pasukan negara tersebut selepas Stephane Lichtsteiner memutuskan untuk bersara diperingkat antarabangsa.

Dan dikalangan calon utama yang bakal menggalas tanggungjawab tersebut kemungkinan besar adalah Granit Xhaka.

Pemain tengah Arsenal itu telah mewakili Switzerland sebanyak 66 kali, menjaringkan 10 gol dalam penampilan beliau bersama negara tersebut setakat ini selain lima bantuan gol telah dicipta beliau.

Dan beliau juga dilihat sebagai salah seorang pemain utama yang menjadi pilihan Vladimir Petkovic, pengurus pasukan negara itu.

Rekod Penampilan Xhaka Bersama Switzerland 
Kejohanan Penampilan Gol Bantuan Gol
International Friendlies 22 3 -
World Cup qualification 20 4 3
UEFA Euro qualifying 12 1 2
World Cup 8 2 -
EURO 4 - -
JUMLAH 66 10 5

Namun menurut bekas pemain Liverpool dan juga bekas pemain kebangsaan Switzerland, Stephane Henchoz, beliau merasakan Xhaka tidak sesuai untuk menggalas peranan tersebut (kapten pasukan) memandangkan latar belakang pemain tengah Arsenal itu.

Stephane Henchoz mewakili Liverpool dari 1999 hingga ke 2005.
Henchoz percaya tindakan untuk melantik Xhaka bukanlah sesuatu yang baik untuk pasukan kebangsaan Switzerland memandangkan pemain itu mempunyai latar belakang ataupun keturunan Balkan yang membuatnya sukar untuk memimpin skuad dari pelbagai latar belakang yang berbeza.



Walaupun Xhaka dilahirkan Basel, Switzerland namun ibubapa beliau yang berasal daripada Albania menyebabkan Henchoz percaya Xhaka tidak sesuai untuk menjadi kapten Switzerland.

"Dia pemain utama Arsenal, tapi saya fikir kapten pasukan mestilah mewakili Switzerland dan pasukannya, " jelas Henchoz kepada Blick.

"Ini akan menjadi masalah sebenar. Pemain seperti (Yann) Sommer, Lichtsteiner atau (Fabian) Schar, yang mewakili traditional Switzerland, boleh merasa tersisih, seperti peminat yang mungkin tidak dapat mengenal pasti pasukan."

"Pemain Swiss tanpa latar belakang penghijrahan dan peminat Switzerland, mereka akan merasa terpinggir."

Adakah anda bersetuju dengan pendapat Henchoz itu? Kongsikan bersama kami.

Post a Comment

Previous Post Next Post