Tony Adams seru perubahan dilakukan Emery terhadap Arsenal

Tony Adams percaya Arsenal tidak membuat perubahan yang secukupnya di bawah Unai Emery.



Bekas kapten pasukan dan lagenda The Gunners itu percaya bahawa Arsenal masih lagi 'mempunyai aura' dan mengamalkan permainan serta persembahan sebagaimana mereka di bawah Arsene Wenger.

Meskipun Arsenal kini memiliki kakitangan kejurulatihan baru di kelab dan cara permainan serta taktikal baru yang diamalkan oleh Emery, namun Adams tetap merasakan bahawa Arsenal masih lagi bermain cara yang sama sebagaimana sebelum ini (era Arsene Wenger).


Luahan tersebut dibuat beliau dalam rancangan The Debate di Sky Sports dimana beliau mengatakan:

"Saya baru melihat prestasi Arsene Wenger (menentang Cardiff) dan itu adalah perkara yang mengecewakan."

Walaupun Arsenal berjaya mencapai kemenangan pada perlawanan tersebut, namun Adams tetap tidak begitu yakin bahawa Arsenal mampu memberi cabaran kepada Liverpool dan Tottenham serta juara musim lalu Manchester City.

Selain mengharapkan Emery mampu memberikan sesuatu yang baru dalam persembahan Arsenal beliau juga mengharapkan agar pengendali baharu itu mampu memberikan pemain-pemain Asenal lebih berdaya tahan dalam setiap perlawanan.


Dan mampu mengekalkan konsistensi rentak kemenangan bagi mencari ataupun mencabar kejuaraan musim ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post