Arsenal tidak perlukan CEO baru selepas Ivan Gazidis sah sertai AC Milan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Arsenal kini sah lepaskan jawatan beliau bersama kelab dan bakal sertai AC Milan.



Ivan Gazidis akan melepaskan jawatan yang dipegang beliau bersama kelab pada 31 Oktober untuk mengambil alih peranan yang sama bersama gergasi Itali bermula 1 Disember 2018.

Menurut laporan,  Gazidis bakal menerima kenaikan gaji sebanyak £2.6 juta setahun dan turut menerima sejumlah saham kelab yang dipercayai bernilai hampir sejuta.

Ketua Perhubungan Bolasepak, Raul Sanllehi akan mengambil peranan baru sebagai Ketua Bolasepak (head of football) sementara Vinai Venkatesham (Ketua Pegawai Komersil) dilantik menjadi Pengarah Urusan.

Disebabkan penstrukturan semula itu, pihak pengurusan Arsenal tidak perlu melantik  CEO baru.
“It has been a pleasure working with Ivan. We will miss the wisdom, insight, and energy he brought to our club on a daily basis over the past decade. We are confident we have outstanding people in Raul and Vinai, and we look forward to working with them and coach Unai Emery to continue to move the club forward on and off the pitch.” - Josh Kroenke, deputy chairman of Arsenal’s majority owner Kroenke Sports and Entertainment UK.

-

Post a Comment

Previous Post Next Post