West Ham sahkan Jack Wilshere jalani pembedahan pergelangan kaki.

West Ham kehilangan khidmat pemain tengah mereka, Jack Wilshere untuk tempoh sementara selepas pemain tersebut menjalani pembedahan pada kecederaan buku lali.

Jack Wilshere telah menjalani pembedahan pada buku lali ekoran kecederaan yang dihadapinya dan pihak West Ham telah mengesahkan perkara tersebut.

Bekas pemain tengah Arsenal itu terlepas aksi ketika West Ham mencatatkan kemenangan 3-1 keatas Everton pada hari Ahad baru-beru ini.

Dan kemenangan tersebut juga mengakhiri badi kekalahan Manuel Pellegrini untuk empat perlawanan berturut-turut West Ham dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

West Ham telah mengumumkan bahawa pemain antarabangsa England itu telah menjalani pembedahan, namun ketua perubatan kelab, Richard Collinge menjelaskan bahawa khidmat Wilshere terpaksa dilupakan untuk tempoh sementara (tidak terlalu lama).

"Jack menjalani pembedahan yang berjaya di London pada pagi Isnin untuk masalah kecil di buku lali yang berulang," kata Collinge kepada laman web rasmi West Ham.

"Pakar bedah itu gembira dengan prosedur pembedahan dan semuanya berjalan seperti yang dirancang."

"Kami menjangkakan dia hanya memerlukan tempoh rehat yang agak singkat dan akan memulakan proses pemulihannya."

"Jack fokus dan bertekad untuk kembali berlatih dan bermain secepat mungkin."

Wilshere, semenjak menyertai West Ham telah beraksi dalam kesemua empat perlawanan liga sebelum menjalani pembedahan itu.

Beliau dijangkakan berehat untuk tempoh empat hingga enam minggu bagi memulihkan kembali kecergasan dan kesihatan beliau.

Post a Comment

Previous Post Next Post