Pemain Arsenal patut dipersalahkan ekoran pemergian Arsene Wenger, menurut Mertesacker.

Selepas berakhirnya musim 2017/18, Arsene Wenger melepaskan kedudukannya selaku pengendali dan pengurus Arsenal yang mana beliau telah memikul tanggungjawab tersebut lebih dari dua dekad.



Arsenal hanya memenangi empat perlawanan Liga Perdana ditempat lawan dalam kempen musim lalu, termasuk satu kemenangan sahaja yang dicapai pada tahun 2018.

Dan kemenangan tunggal yang dicapai pada tahun 2018 ditempat lawan adalah pada perlawanan terakhir liga menentang Huddersield Town yang berkesudahan Arsenal menang 1-0.


Rekod Pencapaian Musim 2017/18 Arsenal.
Laman Sendiri Laman Lawan
M S K J B +/- M S K J B +/-
15 2 2 54 20 +34 4 4 11 20 31 −11

Rekod pencapaian Arsenal musim itu merupakan prestasi terburuk dalam sejarah kelab dan juga Arsene Wenger dalam mengendalikan kelab apabila menyaksikan Arsenal hanya menduduki tempat keenam liga serta gagal melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah buat kali kedua berturut-turut.

Walaupun mempunyai baki kontrak selama setahun lagi bersama kelab, namun Wenger akhirnya memutuskan untuk meletakkan jawatan pada penghujung musim 2017/18 mengakhiri tempoh 22 tahun bersama Arsenal.

Selain Wenger yang menamatkan tugasnya bersama kelab pada musim lalu, Per Mertesacker juga menamatkan kariernya selaku pemain bersama Arsenal selepas berakhirnya kontrak beliau pada Mei 2018.


Mertesacker, 33 tahun kini bertanggungjawab terhadap akademi kelab Arsenal selepas bersara daripada menjadi pemain bolasepak dan dalam temubual panjang bersama Spox.com, beliau telah mendedahkan bagaimana Wenger mengumumkan berita mengenai keputusannya untuk mengakhiri kerjayanya selaku pengurus Arsenal.


"Sangat mengejutkan buat kita semua. Beliau masuk ke bilik mesyuarat dan berkata bahawa beliau telah memutuskan untuk berhenti pada akhir musim."

"Ia adalah saat yang menyedihkan kerana saya merasakan saya telah melakukan bahagian saya," jelas Mertesacker yang memenangi Piala Dunia 2014 bersama Jerman.

"Pemergiannya adalah kesalahan pemain dan kami sendiri kerana kami mempunyai banyak peluang untuk mendapatkan hasil yang lebih baik."

"Kami gagal semasa dia selalu berdiri di hadapan kami, memberi sokongan kepada kami."

"Saya merasakan keperluan untuk menjadi yang pertama untuk bercakap dan menyatakan penyesalan saya yang mendalam terhadap perkara ini."

"Adalah penting baginya (Wenger) untuk melihat sebagai satu pasukan, kita mempunyai sesuatu untuk dikatakan dan dipertahankan."

Post a Comment

Previous Post Next Post