Bintang akademi Arsenal, Daley-Campbell jadi buruan kelab Jerman dan Itali.

Daley-Campbell (kiri) jadi buruan kelab Jerman.

Seorang lagi pemain Arsenal bakal mengikuti jejak langkah rakan sepasukan sertai Liga Jerman.


Selepas Takuma Asano menyertai kelab Bundesliga secara pinjaman untuk kali ketiga awal musim ini dengan menyertai Hannover (sebelum ini menyertai Stuttgart secara pinjaman untuk dua musim), Reiss Nelson turut mengikuti jejak langkah pemain tersebut apabila menyertai Hoffenheim juga secara pinjaman pada awal musim ini.

Dan perkembangan tersebut mungkin menjadi semakin menarik apabila seorang lagi pemain akademi Arsenal dikatakan menjadi sasaran kelab Jerman.

Vontae Daley-Campbell  berjaya mempamerkan aksi cemerlang bersama skuad Bawah 18 Tahun Arsenal musim lalu dimana beliau berjaya membantu pasukan layak ke perlawanan Akhir Piala FA Remaja sebelum tewas kepada Chelsea (aggregate 1-7).

Beliau dilihat mempunyai bakat besar dan berpontensi menjadi seorang pemain ternama satu hari nanti, dan perkembangan itu menyebabkan beliau kini dikatakan menjadi sasaran serta berada dalam radar kelab Jerman.

Dua kelab Jerman itu, RB Leipzig dan Schalke dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain pertahanan kanan kelahiran England yang berusia 17 tahun itu menurut laporan.

Selain dua kelab Bundesliga tersebut, aksi beliau turut menarik minat kelab Serie A dengan Sassuolo dan Atalanta juga dikatakan mahu mendapatkan beliau sebagaimana dilaporkan oleh Evening Standard.

Walau bagaimanapun, usaha kelab-kelab tersebut mungkin mengalami kesukaran ketika ini memandangkan Arsenal berhasrat untuk mengikat Daley-Campbell dan berharap untuk menandatanganinya secara profesional (kontrak) apabila beliau berusia 18 tahun.


Dan selepas itu barulah (mungkin) beliau akan dipinjamkan ke mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan khimat Daley-Campbell.

Saingan musim 2017/18 Penampilan Jaringan Bantuan Gol
U18 Premier League 11 1 2
FA Youth Cup 7 - -
Premier League 2 1 - -
JUMLAH 19 1 2

Selain beraksi pada pertahanan kanan, beliau juga mampu beraksi pada posisi tengah kanan (right midfielder) dan musim ini beliau telah membuat empat penampilan bersama skuad B18 Arsenal.

Penampilan Musim 2018/19
# Tarikh Lawan Keputusan Posisi Minit Beraksi
1 8/11/18 Arsenal FC U18 vs Aston Villa U18 4:2 RB 90'
2 8/18/18 Brighton & Hove Albion U18 vs Arsenal FC U18 0:2 RB 90'
3 8/25/18 Arsenal FC U18 vs Leicester City U18 7:0 RB 90'
4 9/1/18 Chelsea FC U18 vs Arsenal FC U18 3:1 RB 58

Post a Comment

Previous Post Next Post