Bendtner mohon maaf ekoran insiden serangan terhadap pemandu teksi.

Nicklas Bendtner telah memohon maaf kepada seluruh pemain dan peminat Rosenborg selepas insiden keganasan (serangan) yang dilaporkan terhadap pemandu teksi.



Penyerang Rosenborg, Nicklas Bendtner telah memohon maaf setelah didakwa menyerang seorang pemandu teksi di Denmark.

Kejadian yang dilaporkan berlaku pada hujung minggu lalu dimana bekas pemain Arsenal itu terlibat dalam pertengkaran di Copenhagen, dengan pemandu teksi yang dilaporkan telah mengalami patah rahang.


Dalam satu sidang media bersama CEO Rosenborg, Tove Moe Dyrhaug pada hari Selasa, Bendtner telah mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan kejadian tersebut dan memohon maaf kepada pihak kelab.

"sorry with all my heart" - Nicklas Bendtner

"Sebagaimana yang anda baca di akhbar dalam beberapa hari yang lalu, saya terlibat dalam insiden yang sangat tidak diingini dan memalukan sekitar 2 pagi Ahad lalu," katanya. 

"Saya tidak dapat membayangkan ia berlaku sedemikian rupa dan tentu saja saya berasa sangat sedih dengan perkara yang berlaku."

"Ada beberapa pihak yang ingin saya nyatakan rasa penyesalan saya kerana mereka selalu melayani saya dengan baik."

"Kepada peminat Rosenborg, saya menyesal dengan kejadian yang berlaku. Sejak awal, ia merupakan satu penghormatan bermain untuk mereka yang setia bersama Rosenborg dan menjadi tugas saya membalas penghargaan tersebut dengan membuatkan mereka bangga dengan diri saya dan pasukan."

"Kepada kelab itu, saya minta maaf dengan sepenuh hati kerana kita terpaksa berada disini hari ini."

"Rosenborg merupakan lebih daripada sebuah kelab kepada saya. Ianya seperti sebuah rumah baru dan sebuah keluarga baru, kerana saya memerlukan satu perubahan dan permulaan yang baru."



"Kit hitam dan putih adalah dekat dengan hati saya, walaupun saya tidak memakainya."

"Kepada rakan sepasukan saya, saya menyesal kerana kejadian ini mencuri tumpuan pada masa penting dan saya berterima kasih kerana anda memahami perkara yang saya hadapi."

"Mereka yang saya berkongsi bilik persalinan setiap hari selama satu setengah tahun, tahu bahawa saya tidak dan tidak pernah menjadi seorang yang ganas, tetapi saya melindungi orang yang saya sayangi, di atas dan di luar lapangan."

"Rosenborg mempunyai banyak perlawanan yang menarik pada musim luruh, saya mahu menyumbang bagi mencapai matlamat kami untuk menjuarai sekali lagi musim ini dengan kejuaraan liga, saya mahu menyumbang semua yang saya ada."

"Sudah tentu, saya akan lebih berjaga-jaga selepas ini supaya ianya tidak akan berulang lagi."

"Oleh kerana perkara ini menjadi kes undang-undang yang belum selesai, saya tidak boleh memberi komen lanjut, tetapi sebaliknya mesti merujuk kepada peguam cara Anders Nemeth."

Menurut laporan tempatan, Bendtner dan teman wanitanya berada di kelab malam eksklusif Lusso sebelum perbalahan tersebut berlaku.

Post a Comment

Previous Post Next Post