Stephan Lichtsteiner tolak lima peluang sertai kelab lain demi Arsenal.

Stephan Lichtsteiner tinggalkan Juventus selepas kontraknya tamat pada akhir musim lalu dan sertai Arsenal secara percuma.



Pemain berusia 34 tahun itu hanya membuat satu penampilan untuk kelab setakat ini ketika beliau bangkit dari bangku simpanan menentang Manchester City pada 12 Ogos, menggantikan Ainsley Maitland-Niles pada minit ke-35 perlawanan.

Hadir selaku pemain pertahanan kanan yang berpengalaman, ianya bukanlah satu jaminan buat beliau untuk menawan dan memikat pengendali Arsenal, Unai Emery untuk menurunkan beliau beraksi dalam kesebelasan utama pasukan.

Emery jelas lebih memilih Hector Bellerin selaku pemain utama pada pertahanan kanan dimana pemain kelahiran Sepanyol itu telah beraksi untuk keempat-empat perlawanan liga setakat ini.

Walaupun beliau kurang beraksi bersama Arsenal setakat ini, namun itu tidak menghalangnya daripada dipilih untuk mewakili skuad kebangsaan Switzerland pada aksi perlawanan persahabatan antarabangsa terkini, menentang England. 

Sebelum itu, beliau tidak disenaraikan oleh pengendali pasukan Switzerland, Vladimir Petkovic bagi aksi UEFA Nations League ketika pasukan itu menewaskan  Iceland dengan keputusan 6-0.

Bekas pemain Lazio dan Juventus itu dalam satu temubual yang diterbitkan oleh Zentraplus, mendedahkan dimana lima kelab lain turut berminat untuk mendapatkan khidmatnya, namun beliau memilih untuk menyertai Arsenal.

Dan Lichtsteiner turut menjelaskan mengapa beliau memutuskan untuk menyertai pasukan daripada Liga Perdana Inggeris itu berbanding kelab-kelab yang lain.

"Anda lihat, saya boleh menandatangani lima kelab lain musim pada panas ini, dengan mengetahui bahawa saya pasti dapat bermain 47 daripada 50 perlawanan," katanya.

"Tetapi itu tidak mengganggu saya, saya mahu ianya seperti pada 2011 sebelum berpindah ke Juventu, menyertai kelab besar."

"Saya sedang mencari cabaran baru dalam liga baru. Itulah sebabnya saya tahu dari awal, di Arsenal saya terpaksa bertarung merebut tempat bersama Hector Bellerin. "

Post a Comment

Previous Post Next Post