Boateng sertai Blackburn Rovers selaku staff kejurulatihan kelab.

Legenda Liga Perdana Inggeris, George Boateng sertai Blackburn Rovers sebagai Ketua Jurulatih Bawah 13 tahun kelab tersebut.

George Boateng, 43 tahun nama yang tidak asing lagi bagi peminat sukan bolasepak Liga Perdana Inggeris mahupun Liga Malaysia.

Sebagai pemain, Boateng lebih dikenali sebagai produk yang dihasilkan daripada Akademi Bolasepak Feyenoord walaupun bermula terlebih dahulu bersama Excelsior (kelab Belanda), pada tahun 1994 sehingga 1995.

Dan beliau telah membuat lebih daripada 500 penampilan sepanjang karier bolasepaknya selaku pemain sebelum menggantungkan but pada tahun 2013.

Pada November 2012, senario bolasepak tanahair dikejutkan apabila beliau telah menandatangani kontrak selama setahun bersama kelab bolasepak Malaysia iaitu T-Team (dikini dikenali dengan TCFC II).

Boateng (kiri) bersama Ketua Jurulatih T-Team, Peter Butler.
Turut menyertai beliau ketika itu adalah bekas rakan sepasukan beliau, Caleb Folan yang pernah beraksi bersama-sama ketika di Liga Inggeris, Hull City.

Malah ketika bersama T-Team, Boateng turut menjadi kapten pasukan kelab Pantai Timur itu yang diwakilinya dari tahun 2012 sehingga 2013 sebelum menamatkan kontrak dan bersara daripada menjadi pemain bolasepak.

Boateng menjadi Ketua Jurulatih Kelantan pada 2014-2015.
Selepas menamatkan kontrak bersama T-Team selaku pemain, beliau menyertai Kelantan FA sebagai Ketua Jurulatih pasukan tersebut, juga untuk tempoh semusim.

Kemudian kisah beliau sepi seketika daripada dunia bolasepak tempatan mahupun antarabangsa.

Namun pada 5 September lalu, kisah beliau kembali muncul apabila dilantik menjadi Ketua Jurulatih B13 tahun kelab Blackburn Rovers.

Beliau tiba di East Lancashire (Blackburn Rovers) setelah melengkapkan Lesen UEFA Pro dengan memperolehi pengalaman pengurusan pertama dalam karier pengurusan beliau ketika berada di Malaysia (bersama Kelantan FA).

Rekod Kelab Dan Penampilan
Tahun / Musim Pasukan Penampilan Jaringan
1994–1995 Excelsior 9 -
1995–1998 Feyenoord 68 1
1998–1999 Coventry City 46 5
1999–2002 Aston Villa 103 4
2002–2008 Middlesbrough 182 7
2008–2010 Hull City 52 1
2010–2011 Skoda Xanthi 19 2
2011–2012 Nottingham Forest 5 1
2012–2013 T-Team 20 4
JUMLAH 504 25

Menurut pengumuman yang dibuat pada laman rasmi Blackburn Rovers, pelantikan Boateng itu  dilihat sesuatu yang positif dan diharapkan beliau dapat menghasilkan lebih ramai pemain-pemain muda berkualiti untuk diserapkan ke dalam skuad utama pasukan secara berperingkat.

Blackburn Rovers, musim ini beraksi dalam saingan Championship iaitu liga kedua tertinggi dalam Liga Inggeris selepas berjaya menamatkan saingan ditangga kedua musim lalu dalam saingan League One.

Selamat maju jaya buat George Boateng.

Post a Comment

Previous Post Next Post