Sven Mislintat buat Paris Saint-Germain 'merana'.

Walaupun Sven Mislintat gagal untuk mendapatkan pemain muda kelab Paris Saint-Germain, namun beliau berjaya membuatkan kelab tersebut membayar harga yang tinggi.


Yacine Adli merupakan pemain akademi Paris Saint-Germain (PSG) dan beliau pada awal musim ini dikatakan hampir pasti menyertai Arsenal.


Ketika Unai Emery menjadi pengendali PSG, beliau merupakan individu yang bertanggungjawab memberikan peluang kepada Adli membuat debut pertamanya bersama skuad utama kelab tersebut.

Namun apabila Emery menyertai Arsenal, beliau memikul tanggungjawab berat dalam membentuk Arsenal kembali menjadi pasukan yang digeruni.

Dan bersama Arsenal, beliau (Emery) bekerja rapat dengan Ketua Pengambilan Arsenal iaitu Sven Mislintat.



France Football mendakwa Sven Mislintat telah terpukau dengan aksi pemain muda berusia 18 tahun itu dan laporan itu juga mendakwa bahawa Mislintat hampir berjaya menandatangani  Yacine Adli pada jendela perpindahan baru-baru ini (jendela perpindahan musim panas).

Mislintat ditugaskan untuk mencari bakat baru untuk Arsenal dan ianya tidak mengejutkan apabila beliau cuba mendapatkan pemain muda PSG itu, sebagaimana tugas yang beliau lakukan sebelum ini ketika bersama  Borussia Dortmund.

Walaupun begitu hampir buat Mislintat mendapatkan Adli, namun pemain muda tersebut akhirnya menolak tawaran kontrak yang dikemukan oleh pihak Arsenal.

Adli menandatangani kontrak bersama PSG sehingga Jun 2021
Sebaliknya Adli menandatangani kontrak profesional pertama dalam karier bolasepaknya dengan PSG dan laporan L'Equipe telah mendedahkan mengenai butiran kewangan perjanjian diantara pemain muda itu bersama PSG.


Menurut laporan itu, Yacine Adli menerima bayaran sebanyak €60,000 sebulan dan menerima bonus perjanjian ketika menandatangani kontrak sebanyak €1 juta selepas bersetuju menyertai  (kekal) bersama kelab Perancis tersebut.

L'Equipe turut menjelaskan dimana kelab Perancis itu menghadapi kesukaran dalam mengekalkan pemain-pemain muda (akademi) berbakat mereka dan ianya tidak selalunya berjaya (mengekalkan).

Walaupun Mislintat gagal mendapatkan Yacine Adli, namun beliau berjaya menakutkan PSG dan membuatkan mereka 'merana' dengan menawarkan kontrak bumper kepada pemain muda itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post