Liga Perdana umumkan kerjasama dengan Coca-Cola

Coca-Cola Great Britain (GB) menjadi rakan kongsi ketujuh Liga Perdana Inggeris bermula Januari 2019.



Sebelum ini, Liga Perdana Inggeris telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat ataupun rakan kongsi iaitu EA SPORT, Barclays, Cadbury, Carling, Nike dan TAG Heuer.

Dan terbaru, Liga Perdana Inggeris telah mengumumkan kerjasama ketujuh mereka dengan syarikat Coca-Cola GB sebagai rakan kongsi bermula Januari 2019.

Pengumuman mengenai rakan kongsi terbaru itu dibuat pada laman rasmi Premier League hari ini dimana tempoh kerjasama tersebut bakal terjalin selama tiga tahun setengah .

Ia adalah penajaan pertama Coca-Cola Great Britain yang akan mengaktifkan pelbagai jenama dalam portfolionya, mempamerkan pelbagai minuman termasuk minuman ringan - sparkling soft drink, air dan minuman berasaskan buah, dengan pilihan kandungan gula yang rendah dan tanpa gula.

Liga Perdana Inggeris bermula musim 2016/17 tidak lagi dibenarkan menerima tajaan, namun masih dibenarkan untuk bekerjasama dengan mana-mana syarikat dalam konsep kerjasama sekunder.

Berikut adalah rakan kongsi atau kerjasama sekunder yang dijalankan setakat ini.

Senarai rakan kongsi Liga Perdana Inggeris
Bil. Rakan Kongsi / Syarikat Tempoh Mula Tempoh Tamat Catatan Jenis Syarikat
1. EA SPORT 2016/17 2018/19 Lead Partner Syarikat permainan video
2. Barclays 2004/2005 2018/19 Official Bank Syarikat perbankan
3. Cadbury 2017/18 2019/20 Official Snack Syarikat makanan
4. Carling 2016/17 2018/19 Official Beer Syarikat minuman keras
5. Nike 2000/01 - Official Ball Syarikat pengeluar barangan sukan
6. TAG Heuer 2016/17 2018/19 Official Timekeeper Syarikat Jam
7. Coca-Cola GB 2019 2021 Official Drink Syarikat Minuman

Post a Comment

Previous Post Next Post