"Ia adalah kelab dihatiku." dedah pemain muda Arsenal mengenai perpindahan musim panas.

Antara lima pemain baru yang dibawa masuk Arsenal musim ini adalah Matteo Guendouzi, pemain Perancis berusia 19 tahun.



Kemasukan beliau begitu mengejutkan peminat dan penyokong Arsenal tatkala mereka mengharapkan nama-nama besar yang mampu membantu kelab kembali menjadi sebuah pasukan yang digeruni.

Walaupun hanya berusia 19 tahun, namun beliau tidak mengambil masa yang lama untuk menempatkan diri dikalangan pemain utama serta menjadi pilihan Emery dalam setiap perlawanan setakat ini.

Bercakap kepada Ouest-France, beliau telah mendedahkan pengalaman awalnya bersama Arsenal serta punca utama mengapa beliau memilih Arsenal selaku kelab pertama dalam membuat keputusan perpindahan baru-baru ini.

"Ini adalah kelab dihati saya, yang saya sokong sejak saya masih kecil."

"Saya membesar menonton video perlawanan Vieira, Henry dan pemain lain bersama ayah saya. "

"Pemain Perancis yang membuat sejarah. Apabila saya tahu kelab itu berminat untuk membawa saya masuk, saya tidak teragak-agak".

Tidak mahu hanyut dengan pujian yang diberikan terhadap beliau ketika ini, fokus Guendouzi ketika ini adalah untuk memberikan yang terbaik dalam setiap aksi bersama Arsenal dengan turut mengidam tempat di pasukan kebangsaan Perancis, walaupun ia bukanlah keutamaan.

"Buat masa ini, saya fokus pada matlamat saya dengan Arsenal. Saya tidak mahu tergesa-gesa dalam banyak perkara. "

"Ianya akan berlaku jika ianya berlaku, tetapi jelas ini adalah impian buat saya. Saya akan melakukan segala-galanya untuk sampai ke sana suatu hari nanti."

"Jika saya berjaya melakukannya, ia amat menakjubkan." tambah beliau lagi.

Selain menjadi pemain utama dalam perlawanan liga ketika ini dengan berjaya membuat empat penampilan dalam kesebelasan utama Arsenal, Guendouzi turut telah dipilih menjadi Pemain Bulanan - Bulan Ogos Arsenal.

Semoga beliau terus maju dan konsisten bersama Arsenal. #COYG

Post a Comment

Previous Post Next Post