Jose Mourinho terkenal dengan kehebatan taktikal beliau sehinggakan berjaya membawa Chelsea menjuarai Liga Perdana Inggeris sebanyak tiga kali.



Dan tiga kejuaraan liga yang dimiliki beliau itu, jika dibandingkan dengan pencapaian 19 pengendali kelab Inggeris yang lain tetap gagal dicabar oleh mana-mana pengendali kelab ketika ini walaupun mereka (19 pengendali) itu bergabung.


Itu jelas menunjukkan kehebatan beliau dan sememangnya beliau layak dihormati oleh mana-mana individu dimuka bumi ketika ini, terutamanya berkaitan Liga Perdana Inggeris.

Taktikal bertahan ataupun lebih dikenali dengan gelaran 'parking the bus' cukup sinonim dengan beliau dan itu juga menjelaskan sikap berhati-hati beliau.


Bos Manchester United itu hadir menyaksikan perlawanan diantara England menentang Sepanyol di Wembley pada malam Sabtu lalu dan dalam perjalanannya memasuki stadium, beliau dengan selamba mengambil jalan mudah dengan cuba menyelinap melangkaui tali merah penghadang di sekitar pintu masuk VIP.

Walaupun terkenal dengan kehebatan taktikal beliau, namun kadang-kala taktikal dan perancangan bukannya selalu menjadi walaupun kenyakinan tinggi tetap dipamerkan dalam perlawanan.

Begitu juga dengan insiden yang menimpa beliau di Wembely. Dengan penuh keyakinan beliau melangkaui tali merah penghadang untuk memasuki laluan VIP, namun segalanya tidak mengikut apa yang dirancang beliau.

Beliau akhirnya jatuh tersungkur....tergolek dog. πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚


Post a Comment

Previous Post Next Post