Nicklas Bendtner ditangkap pecahkan rahang pemandu teksi.

Bekas penyerang Arsenal, Nicklas Bendtner dilaporkan telah ditangkap dengan dakwaan melakukan serangan keatas seorang pemandu teksi.



Menurut laporan media Denmark BT, Bendtner yang kini bermain untuk pasukan Norway, Rosenborg dikatakan memecahkan rahang pemandu teksi di Copenhagen pada awal pagi Ahad.

Pemain berusia 30 tahun itu menyertai Arsenal pada tahun Ogos 2004 sebelum menandatangani kontrak profesional pertamanya dengan Arsenal pada tahun 2005.

Beliau membuat debut pertama pada Oktober 2005 pada Kejohanan Piala Liga (League Cup) ketika Arsenal menentang Sunderland.

Sepanjang mewakili Arsenal, beliau menjaringkan 47 gol dalam 171 penampilan untuk kelab sebelum berpindah menyertai Wolfsburg secara tetap, namun sebelum itu beliau turut dipinjamkan ke beberapa kelab seperti Birmingham City, Sunderland dan Juventus.

Musim Kelab Penampilan Gol Bantuan Gol
2005–2014 Arsenal 171 47 22
2006–2007 Birmingham City (dipinjamkan) 46 12 7
2011–2012 Sunderland (dipinjamkan) 30 8 5
2012–2013 Juventus (dipinjamkan) 9 - -
2014–2016 VfL Wolfsburg 47 9 -
2016–2017 Nottingham Forest 17 2 2
2017– Rosenborg 71 32 8

Beliau juga telah menghabiskan semusim di Nottingham Forest sebelum menyertai kelab Norway, Rosenborg pada 6 Mac 2017.

Dalam satu kenyataan yang diberikan kepada Ekstra Bladet oleh Rasmus Krochin, Pengurus Komunikasi untuk syarikat teksi DanTaxi, beliau telah mengesahkan dakwaan dimana bekas pemain Arsenal itu telah melakukan serangan terhadap pemandu teksi.

"Saya dapat mengesahkan bahawa terdapat serangan serius pada salah seorang pemandu kami malam ini," kata Krochin.

"Pemandu tersebut kini menjalani pembedahan (rawatan) dengan rahang patah. Pengarah kami dimaklumkan mengenai hal ini pagi tadi."

"Serangan itu telah dilaporkan kepada polis dan kami dapat mengesahkan bahawa penyerang itu adalah Nicklas Bendtner."

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Keselamatan Polis Copenhagen, Carsten Reenberg enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan tersebut sambil menegaskan bahawa siasatan kes  itu masih dijalankan.

"Kami ada menerima laporan mengenai serangan terhadap pemandu teksi. Namun saya tidak boleh memberitahu anda lagi. "

Ini bukan kali pertama Bendtner dikaitkan dengan kejadian yang melibatkan pemandu teksi. 

Pada tahun 2014, beliau didakwa terlibat dalam insiden pergaduhan dengan pemandu teksi sambil mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemandu tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post