Kecemerlangan Cech antara faktor penyumbang kemenangan Arsenal.

Arsenal berjaya memenangi perlawanan menentang Everton malam tadi dengan prestasi cemerlang Cech menjadi faktor penyumbang dalam kemenangan tersebut.



Arsenal memenangi perlawanan keenam liga dan kemenangan tersebut (2-0 keatas Everton) merupakan kemenangan keempat berturut-turut dicatatkan Arsenal musim ini.

Satu gol masing-masing dijaringkan oleh Alexandre Lacazette (minit ke-56) dan Pierre-Emerick Aubameyang di minit ke-59, memastikan tiga mata berharga buat Arsenal.

Dan tiga mata berharga itu meletakkan Arsenal kini berada ditangga keenam liga dengan mengumpul 12 mata, enam mata dibezakan dengan pendahulu liga, Liverpool yang mengumpul 18 mata.

Kedudukan liga terkini selepas 6 perlawanan.
Dalam perlawanan tersebut, Everton walaupun tidak menguasai perlawanan namun jumlah percubaan yang dilakukan mereka adalah menyamai percubaan Arsenal.

Malahan percubaan tepat mereka juga melebihi daripada apa yang dilakukan Arsenal dengan enam berbanding lima yang dicatatkan oleh pasukan tuan rumah.



Cech musim lalu menerima kecaman daripada peminat dan penyokong Arsenal sehinggakan terdapat desakan untuk merehatkan beliau dan menyarankan Emery untuk menurunkan penjaga gol Jerman, Bernd Leno.

Aksi 'gelabah' Cech pada awal musim ini turut menerima kecaman daripada pelbagai pihak yang jelas menyaksikan beliau tidak begitu 'selesa' dengan taktikal baru pasukan dibawah Emery.

Namun Cech malam semalam tampil cemerlang dengan enam kali menyelamatkan gawang gol dengan lima diantaranya adalah aksi menepis menyelamatkan pintu gol daripada percubaan pihak lawan.

Sementara penjaga gol Everton, Jordan Pickford cuma mencatatkan tiga kali aksi menyelamatkan pintu gol daripada percubaan pemain-pemain Arsenal.

Malah aksi cemerlang Cech itu turut menerima 'rating' tertinggi daripada WhoScored yang memberikan nilai 8.7 pada perlawanan tersebut.


Malah Sky Sport turut memberikan rating tertinggi kepada Cech dikalangan pemain pada perlawanan tersebut dengan nilai 9.

Arsenal: Cech (9), Bellerin (6), Mustafi (6), Sokratis (6), Monreal (6), Xhaka (6), Torreira (7), Ramsey (7), Aubameyang (7), Ozil (7), Lacazette (8)

Subs: Holding (6), Iwobi (5), Welbeck (NA)

Everton: Pickford (6), Kenny (6), Keane (6), Zouma (6), Digne (6), Gueye (6), Davies (6), Sigurdsson (6), Walcott (7), Calvert-Lewin (6), Richarlison (7)

Subs: Bernard (5), Tosun (6)

Man of the match: Petr Cech

"Saya sangat gembira dengan penjaga gol dan bagaimana mereka semua bekerja untuk kami, Emiliano (Martinez), (Bernd) Leno dan Cech."

"bagi saya Cech mempunyai pengalaman luas, berkualiti tinggi dan beliau telah memulakan pra musim dengan sangat baik serta kami fikir dia berada dalam prestasi yang kami mahukan."

Post a Comment

Previous Post Next Post