Pogba sindir Mourinho selepas seri 1-1 menentang Wolves.

Manchester United harus menyerang, serang dan serang dilaman sendiri menurut bekas pemain termahal dunia, Paul Pogba yang juga pemain tengah pasukan itu.



Pogba membuat kenyataan yang secara tidak langsung telah menyindir pengurus pasukan beliau, Jose Mourinho

Bagi beliau, Manchester United seharusnya menyerang ketika bermain dilaman sendiri.

Selepas mencatatkan dua kali kemenangan secara berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris dengan menewaskan Burnley dan Watford, 'Setan Merah' mengalami sedikit 'kemurungan' setelah hanya mampu mencatatkan keputusan seri ketika menentang Wolves dilaman sendiri.

Pada aksi tersebut, Man. United unggul dalam penguasaan bola apabila memiliki 65% berbanding Wolves hanya 35%.

Pun begitu, Wolves mampu mengimbangi percubaan (peluang) yang dihasilkan tuan rumah apabila  berjaya melakukan 11 percubaan dengan Man. United melakukan 15 percubaan.

Dengan keputusan seri itu, Man.United kini berada ditangga ke-7 dengan ketinggalan lapan mata dengan pendahulu liga dan dua mata memisahkan dengan Arsenal yang berada ditangga keenam liga.


Pogba menurut laporan yang dikeluarkan oleh BBC, menegaskan bahawa pasukan beliau itu sepatutnya bermain lebih aggresif dengan melakukan serangan demi serangan ketika beraksi di Old Trafford.



"Kami beraksi di laman sendiri dan kami harus bermain lebih baik menentang Wolves, kami berada di sini untuk menyerang," kata Pogba.

"Apabila kita bermain seperti itu, ianya lebih mudah bagi kita."

"Saya rasa pasukan (lawan) takut apabila menyaksikan Manchester United menyerang dan menyerang. Itulah kesilapan kami," 

"Mungkin sikap lebih baik dan kita harus bermain lebih baik kerana kita bermain di Old Trafford dan kita harus menyerang dan menyerang seperti yang kita lakukan terhadap Tottenham, Liverpool, Chelsea dan Arsenal musim lalu." jelas Pogba lagi.

Pogba menyertai United dari Juventus untuk rekod perpindahan dunia sebanyak £89juta pada 2016 dan membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 2018 di Rusia pada musim panas tahun ini.

Namun, beliau gagal membantu United musim lalu dalam memburu kejuaraan liga dan terdapat laporan yang mengatakan beliau tidak berpuas hati dengan situasi semasa beliau di Old Trafford.

Masa depan pemain tersebut bersama Man.United turut menimbulkan tanda tanya selepas beliau kuat dikaitkan dengan perpindahan pada jendela perpindahan baru-baru ini dan mungkin berlarutan pada Januari nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post