Dilema pertahanan Arsenal walaupun jentera serangan mampu menjaringkan 50 gol.

Aubameyang dan Lacazette mampu jaringkan 50 gol namun kerapuhan barisan pertahanan menyebabkan kerugian kepada Arsenal - Petit.



Bekas pemain tengah Arsenal,  Emmanuel Petit percaya isu lama yang menyelubungi Arsenal masih belum ditangani oleh Unai Emery.

Emmanuel Petit
Arsenal akan terus bergelut  dalam perjuangan mereka untuk kembali berada di kedudukan teratas liga (Top 4) selagi mereka tidak menangani kelemahan pada barisan pertahanan, menurut Emmanuel Petit.


Selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut pada dua aksi pembukaan liga, Arsenal akhirnya berjaya bangkit untuk memenangi dua perlawanan berikutnya apabila menewaskan West Ham dan Cardiff.

Walaupun berjaya memenangi dua perlawanan seterusnya secara berturut-turut, namun jumlah bolos yang besar dalam empat perlawanan setakat ini menjelaskan masalah sama yang dihadapi Arsenal pada musim lalu masih belum diselesaikan oleh pengendali baharu, Unai Emery.

Musim P M S K J B +/- Mata
2018/19 4 2 0 2 8 8 0 6
2017/18 4 2 0 2 7 8 -1 6

Tidak banyak beza jika dibandingkan rekod perlawanan musim lalu (setakat empat perlawanan pertama liga) dengan musim ini, merujuk kepada carta diatas.

Dari segi bolos ianya adalah sama, dengan membenarkan gawang dibolosi sebanyak lapan kali.

Cuma dari serangan, ianya hanya berkelebihan satu gol sahaja.


Menurut Petit sebagaimana dipetik dari laman Goal, beliau percaya ianya adalah masalah yang telah dihadapi pada era Arsene Wenger lagi, ketika bekas pengurus itu mengemudikan kelab yang akhirnya membuktikan kerugian buat Arsenal.

2017/18
Musim P M S K J B +/- Mata
Manchester City 38 32 4 2 106 27 79 100
Manchester United 38 25 6 7 68 28 40 81
Tottenham Hotspur 38 23 8 7 74 36 38 77
Liverpool 38 21 12 5 84 38 46 75
Chelsea 38 21 7 10 62 38 24 70
Arsenal 38 19 6 13 74 51 23 63

Berdasarkan rekod pencapaian musim lalu, walaupun Arsenal menamatkan saingan ditangga keenam, namun jumlah jaringan yang dihasilkan Arsenal menunjukkan Arsenal berada ditangga ketiga dikalangan enam pasukan teratas dengan berkongsi jumlah jaringan yang sama banyak dengan Spurs yang menduduki tangga keempat liga (74 jaringan).

2017/18
Musim P M S K J B +/- Mata
Manchester City 38 32 4 2 106 27 79 100
Liverpool 38 21 12 5 84 38 46 75
Tottenham Hotspur 38 23 8 7 74 36 38 77
Arsenal 38 19 6 13 74 51 23 63
Manchester United 38 25 6 7 68 28 40 81
Chelsea 38 21 7 10 62 38 24 70

Dari segi bolos, Arsenal merupakan pasukan terburuk dikalangan enam pasukan teratas dengan rekod bolos sebanyak 51 gol berbanding pasukan lain yang melepaskan gol sekitar 30-40 gol.

"Pertahanan Arsenal masih jauh dari tahap yang diperlukan untuk bersaing dengan empat pasukan teratas saingan Liga Perdana."


"Kami melihatnya sekali lagi ketika menentang Cardiff. Ia adalah masalah berulang, yang bermula sejak bertahun-tahun dengan Arsenal."

"Ia tidak pernah dibaiki, sama ada oleh Unai Emery, atau Arsene Wenger, mahu pemainyang beraksi di padang."

"Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette boleh menjaringkan 40 hingga 50 gol dalam saingan Liga Perdana musim ini dikalangan mereka berdua, jika mereka dipilih untuk memulakan perlawanan."

"Walaupun dengan mereka berdua (berjaya menjaringkan banyak gol), namun Arsenal tidak akan mampu menamatkan saingan untuk berada dikalangan tiga pasukan teratas liga jika mereka tidak menyelesaikan masalah pertahanan mereka." jelas Petit kepada RMC Sport.

Post a Comment

Previous Post Next Post