Manchester United dilaporkan berminat untuk dapatkan pemain sasaran Arsenal bernilai €30juta.

Liga Perancis musim ini (setakat ini) menyaksikan sedikit kejutan dimana pasukan yang hampir tercicir musim lalu, Lille kini berada di tempat kedua dan hanya lima mata di belakang Paris Saint-Germain.


Lillie musim lalu (2017/18) hampir tersingkir dari Ligue 1 setelah menamatkan saingan ditangga ke-17 liga dengan lima mata dipisahkan daripada zon penyingkiran dan satu mata dipisahkan untuk beraksi dalam pusingan kelayakan penyingkiran.

# Pasukan P M S K J B +/- Mata Catatan
17 Lille 38 10 8 20 41 67 −26 38
18 Toulouse (O) 38 9 10 19 38 54 −16 37 Qualification for the relegation play-offs
19 Troyes (R) 38 9 6 23 32 59 −27 33 Relegation to Ligue 2
20 Metz (R) 38 6 8 24 34 76 −42 26

Kebangkitan Lille musim ini dibantu dengan kecemerlangan pemain sayap muda mereka iaitu Nicolas Pepe yang telah menjaringkan empat gol dan menghasilkan empat bantuan gol dalam tujuh penampilan setakat ini.

Nicolas Pepe
Persembahan dan bakat pemain berusia 23 tahun kelahiran Perancis ini tidak dapat dinafikan musim ini, namun musim sebelum itu tidak ramai yang berminat untuk mendapatkan beliau selain Arsenal dan Sevilla, Real Betis serta Lyon.


Arsenal sebelum ini dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Pepe pada jendela perpindahan musim panas dan kemungkinan akan meneruskan usaha bagi mendapatkan pemain ini pada jendela perpindahan musim sejuk (Januari 2019) setelah gagal berbuat demikian sehingga jendela perpindahan musim panas ditutup.


Namun dalam perkembangan terkini, Manchester United turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut pada jendela perpindahan Januari nanti.

Menurut laporan Football France dalam majalah mingguan mereka, mereka mendakwa bahawa The Gunners dan Red Devils sudah berada dalam 'fasa awal' bagi mendapatkan pemain tersebut pada jendela perpindahan Januari nanti.

Petikan laporan Football London
Pun begitu menurut laporan tersebut, perpindahan pemain tersebut banyak bergantung kepada keperluan dan prestasi kedua-dua pasukan (Arsenal dan Manchester United) ketika ini dalam saingan liga sebelum jendela perpindahan kedua dibuka nanti.

Serta tiada sebarang nilai harga pemain tersebut yang dinyatakan selain hanya mendedahkan dimana presiden Lille telah menolak tawaran berjumlah €30juta daripada pasukan yang tidak didedahkan pada jendela perpindahan musim panas baru-baru ini.

Dan ini memberikan petunjuk mengenai nilai yang harus dimulakan oleh kedua-dua pasukan ataupun mana-mana pasukan yang berminat untuk mendapatkan Pepe.

Post a Comment

Previous Post Next Post