Impian menjadi kenyataan buat bekas pemain muda Arsenal.

Yassin Fortune (kanan)

Bekas pemain muda Arsenal menjaringkan gol profesional pertama beliau selepas meninggalkan kelab dengan menggambarkan ianya adalah sebagai 'impian menjadi kenyataan'.



Yassin Fortune menandatangani kontrak selama empat tahun bersama FC Sion, kelab bolasepak Switzerland selepas dilepaskan secara percuma oleh Arsenal pada musim panas lalu .


Sepanjang karier beliau bersama Arsenal, Fortune tidak pernah sekalipun membuat penampilan bersama skuad utama Arsenal dan aksi tertinggi yang dimainkan beliau adalah ketika bersama skuad U23.

Bersama skuad U23 tahun beliau membuat lapan kali penampilan tanpa menghasilkan ataupun mencatatkan sebarang jaringan gol begitu juga dengan bantuan gol.

Namun bersama FC Sion yang baru disertai beliau, pemain berusia 19 tahun ini berjaya membuat tiga penampilan bersama skuad utama dan yang paling penting adalah beliau berjaya menjaringkan gol profesional pertama dalam karier bolasepaknya itu.



Terlepas lima aksi perlawanan pertama liga ekoran kecederaan, beliau berada di bangku simpanan untuk perlawanan keenam liga sebelum membuat penampilan sulung pada perlawanan ketujuh liga bersama FC Sion.

Namun aksi beliau itu gagal memberikan sebarang impak positif apabila FC Sion tewas 4-1 kepada FC Thun dan pada perlawanan kelapan liga, hanya berada dibangku simpan (pemain gantian yang tidak digunakan).

Perlawanan kesembilan liga buat FC Sion menyaksikan Fortune bermula selaku pemain utama dalam kesebelasan pasukan sebelum dikeluarkan pada minit ke-71.

Dan aksi beliau pada perlawanan tersebut nyata memberikan hasil yang cukup positif. Selain membantu pasukan menamatkan kekalahan lima perlawanan berturut-turut, Fortune turut menjaringkan satu gol dalam kemenangan 3-1 Sion keatas Luzern ditempat lawan.

Ditanya bagaimana perasaan beliau selepas tamat perlawanan, beliau berkata: "Kegembiraan yang sukar untuk dijelaskan, ikhlas. Bagi saya, mimpi menjadi kenyataan. Saya boleh memberi jaminan kepada anda. Sejujurnya, saya masih sukar untuk mempercayainya. Saya tidak sabar untuk melihatnya lagi. Satu hantaran yang bagus dari Bastien Toma dan saya menyelesaikannya dengan baik. Saya amat gembira ".

Fortune kini mencari peluang untuk beraksi pada perlawanan Ahad ini menentang Neuchatel Xamax dalam meningkatkan prestasi disamping mengekalkan mementum menghasilkan jaringan dengan harapan beliau berjaya menjaringkan gol lagi pada perlawanan seterusnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post