Usaha AC Milan untuk mendapatkan Ramsey dilaporkan semakin kukuh.


Sebelum ini laporan dari Tuttosport mendakwa bahawa AC Milan mahukan pemain Arsenal, Aaron Ramsey menyertai mereka sebagaimana mereka berjaya mendapatkan Ketua Pegawai Eksekutif  Arsenal,  Ivan Gazidis.



Kontrak pemain tengah Arsenal itu bakal berakhir pada penghujung musim ini dan setakat ini Ramsey masih belum memberi sebarang keputusan mengenai rundingan pembaharuan kontrak yang ditawarkan kepada beliau oleh pihak pengurusan Arsenal.

Terbaru, media Itali sekali lagi melaporkan mengenai perkembangan Ramsey yang dikatakan menjadi sasaran AC Milan.

Kali ini, Calciomercato mendakwa pemain berusia 27 tahun itu telah lama berada dalam radar Rossoneri dan usaha kelab Itali tersebut untuk menandatanganinya dikatakan semakin kukuh.

Ramsey ketika ini memperolehi sekitar €6 - 6.5 juta setahun bersama Arsenal dan laporan itu turut mencadangkan bahawa pemain tersebut menuntut gaji tahunannya dinaikkan kepada € 8 juta sebelum beliau menandatangani pembaruan kontrak.

Kegagalan Arsenal untuk mengikat ataupun menyelesaikan pembaharuan kontrak pemain tersebut sebelum berakhirnya tahun ini (2018), membolehkan Ramsey menandatangani pra-kontrak dengan mana-mana kelab baru bermula Januari 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Arsenal, Ivan Gazidis telahpun bersetuju untuk menyertai gergasi Serie A  itu bermula 1 Disember ini hanya sebulan selepas menamatkan tugasan beliau di Arsenal.

Walaupun laporan tersebut mendakwa bahawa Ramsey bukanlah keutamaan untuk Milan ketika ini, namun CEO baru mereka yang bakal menyertai mereka nanti merupakan peminat kepada pemain tengah Arsenal itu, meskipun setakat ini tiada lagi hubungan dilakukan diantara mereka (tidak mahu mengganggu rundingan kontrak yang dijalankan diantara Arsenal dan Ramsey).

Buat masa ini, AC Milan dilaporkan akan terus memantau perkembangan Aaron Ramsey di Arsenal dengan harapan, mereka mampu menandatangani pemain tersebut secara perpindahan percuma pada musim panas akan datang.

Namun ianya tidak menghalang untuk AC Milan memulakan langkah awal dalam memastikan sasaran mereka tidak terlepas.

Post a Comment

Previous Post Next Post