Respon Kementerian Luar Azerbaijan mengenai status Henrikh Mkhitaryan.


Kementerian Luar Azerbaijan telah memberi respon berhubung desas-desus mengenai status Henrikh Mkhitaryan yang tidak dapat menentang Qarabag dalam pertembungan Liga Europa mewakili Arsenal pada bulan Oktober.



Ekoran pengharaman mana-mana rakyat Armenia menjejak kaki ke Azerbaijan, peluang buat pemain Arsenal, Henrikh Mkhitaryan untuk beraksi pada saingan Liga Europa dan aksi final jika Arsenal mara ke perlawanan akhir menjadi topik perbualan hangat.


Dan isu tersebut akhirnya mendapat respon daripada pihak Azerbaijan.

Melalui jurucakap Kementerian Luar Negara Azerbaijan, Hikmet Hajiyev telah memberikan respon mengenai status Mkhitaryan yang mana pemain tersebut merupakan rakyat Armenia.

Namun respon yang diberikan itu jelas menunjukkan sikap 'melepaskan batuk di tangga' mereka berhubung isu ini.

Clubs should decide themselves their list of footballers against Qarabag. Only after that we can return to this issue. If we are connected to this issue, we will discuss it then.” - Hajiyev.

"Kelab sepatutnya menentukan senarai pemain bolasepak mereka bagi menentang Qarabag," kata Hajiyev. 

"Hanya selepas itu kita boleh kembali ke masalah ini. Jika kita dikaitkan dengan isu ini, kita akan membincangkannya. "

Jelas respon berkenaan yang ditunjukkan Hajiyev bagaikan tidak mengalu-alukan kedatangan pemain Arsenal itu.

Nada yang diberikan beliau itu turut kelihatan seperti beliau mengatakan "itu hanya menjadi masalah jika Arsenal membuat pilihan untuk membawa  Mkhitaryan". 

Jika pihak mereka (Azerbaijan) benar-benar serius mengenai hal ini, sudah pasti mereka akan memberi respon positif dengan menjamin keselamatan dan tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk Mkhitaryan beraksi di negara mereka.


Pihak UEFA pula seolah tidak peka terhadap isu ini apabila memberikan hak perlawanan akhir bagi saingan Piala Europa kali ini kepada Azerbaijan sebagai tuan rumah.

Krisis Azerbaijan dan Armenia telah lama bermula semenjak kedua-dua negara tersebut mencapai kemerdekaan daripada Empayar Rusia sekitar tahun 1918.

Konflik Nagorno-Karabakh yang sedang berlangsung.
Dan negara berjiran ini tidak mempunyai hubungan diplomatik (antara Armenia dan Azerbaijan), dimana sebahagian besarnya disebabkan oleh konflik Nagorno-Karabakh yang sedang berlangsung.

Konflik tersebut yang menyebabkan perang tercetus berlaku dikawasan yang memisahkan dua negara tersebut serta perebutan wilayah Republik Seniakh (yang turut dikenali Nagorno - Karabakh ) dengan Azerbaijan.

Perang tersebut yang dikenali dengan Perang Empat Hari atau Perang April, berlaku di sepanjang kawasan ketenteraan Nagorno-Karabakh pada 1 April 2016 dengan Tentera Pertahanan Seniakh, yang disokong oleh Angkatan Bersenjata Armenia, di satu pihak dan Angkatan Bersenjata Azerbaijan di pihak yang lain.

Walaupun perang tersebut berakhir, namun kesan daripada peristiwa tersebut masih lagi berlarutan sehingga kini.

Diharapkan pihak UEFA mampu menangani isu ini demi kemajuan sukan bolasepak atau jika pihak Azerbaijan masih berkeras, adalah wajar untuk menukar venue perlawanan akhir di negara  lain ataupun kawasan berkecuali.

Post a Comment

Previous Post Next Post