"Arsene Wenger bantu saya lalui 'neraka' kecederaan" - Tomas Rosicky

Baru-baru ini, Santi Cazorla telah mendedahkan bagaimana layanan bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger terhadap beliau ketika menghadapi detik-detik sukar dalam karier bolasepaknya di Arsenal ekoran kecederaan dan kontrak yang bakal berakhir.



Terbaru, seorang lagi bekas pemain Arsenal iaitu Tomas Rosicky turut mendedahkan perkara yang sama mengenai layanan yang diterima beliau oleh Arsene Wenger.


Rosicky bersetuju dengan luahan Santi Cazorla dan turut memuji tindakan bekas rakan sepasukan beliau itu yang memuji cara Arsene Wenger melayani mereka ketika berdepan situasi sukar dengan kecederaan yang dialami mereka. 

Cazorla telah mengiktiraf Wenger sebagai individu yang banyak membantu beliau menjalani hampir dua tahun proses rehabilitasi selepas pembedahan pada kecederaan tumitnya, dalam pendedahan yang dibuat kepada The Guardian minggu lepas.

Dalam pendedahan tersebut, Cazorla turut mengatakan rasa bersyukur beliau dan terhutang budi kepada Wenger yang memberinya sambungan kontrak walaupun beliau tidak dapat bermain.

Rosicky, yang bermain hampir 10 tahun bersama Arsenal juga ditimpa nasib yang hampir serupa sebagaimana Cazorla, dimana beliau sering kali dibelengu masalah kecederaan yang berlarutan.

Dan beliau turut memuji tindakan bekas pengendali Arsenal itu (Arsene Wenger) yang disifatkan beliau sebagai seorang yang teguh dalam pendiriannya ketika berada di luar padang serta banyak membantu beliau menghadapi waktu-waktu sukar.

"Ia sama dengan saya ketika saya berjuang dengan masalah saya," kata Rosicky. 

"Beliau sangat menyokong walaupun sukar untuknya."

"Saya gembira dapat bekerja dengannya untuk masa yang lama. Beliau adalah seorang yang berperanan besar, contoh terbaik."

Rosicky kembali ke Sparta Prague pada tahun 2016 sebelum bersara sebagai pemain musim lepas, kembali menyarung jersi Arsenal di Emirates pada hari Sabtu lalu dalam aksi perlawanan amal diantara legenda Arsenal menentang lagenda Real Madrid.


Aksi beliau itu jelas menunjukkan bahawa peminat dan penyokong Arsenal masih merindui beliau apabila menerima sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton yang hadir.

"Saya fikir apa yang mereka suka mengenai saya adalah kerana saya tetap setia sepanjang masa walaupun waktu yang sukar dan saya sentiasa memberikan segala-galanya ketika di padang untuk lencana Arsenal," kata Rosicky.

"Jadi saya fikir mereka menghargai itu dan saya gembira mereka menghargainya, kerana itulah cara saya dari pihak saya."

Rosicky dalam fasa membiasakan diri lari dari kehidupan sebagai pemain bolasepak, mengakui terdapat aspek positif dalam persaraan beliau.

"Saya merindui aksi perlawanan," katanya.

"Apabila saya menonton perlawanan, ianya membuatkan saya ingin kembali bermain."

"Tetapi saya merindui rutin latihan harian, saya langsung tidak merinduinya."


Beliau turut mengakui di mana beliau berasa janggal berada di Emirates tanpa kelibat Wenger, yang telah melepaskan jawatannya pada Mei lalu sambil mengatakan bahawa bayangan bekas pengurus itu masih besar terhadap kelab itu.

"Ia sangat bermakna di sini dan saya tidak fikir ianya adalah mustahil untuk menafikan beliau disini," kata Rosicky.

"Kerana anda dapat melihatnya."

"Seseorang seperti saya yang menghabiskan banyak masa dengannya, anda boleh melihatnya di sini di mana-mana, kerana anda telah melihatnya di sini berkali-kali, tidak mungkin masuk (menjejak kaki) ke sini dan tidak memikirkannya."

Malah beliau turut mendedahkan dimana beliau sering berbalas mesej dengan Wenger sepanjang musim panas ini namun masih belum berkesempatan untuk bertemu muka semenjak Wenger menamatkan pemerintahan-nya selama 22 tahun di Arsenal.

Rosicky juga menggesa kepada seluruh peminat untuk bersabar dengan pengganti Wenger, Unai Emery, yang setakat ini baru mencatat dua kemenangan daripada empat perlawanan liga.

"Ia permulaan sesuatu yang baru," katanya.

"Jadi, kita perlu bersabar, ada yang positif dan ada yang negatif, ia adalah normal, kita perlu membiasakannya."

"Dan kita semua ingin melihat pasukan berkembang. Pasukan menjaringkan gol yang penting, walaupun dalam permainan sukar seperti Chelsea."

"Jadi ada banyak positif dan jelas juga banyak negatif kerana pasukan telah dibocori (bolos).

"Tetapi Unai Emery adalah seorang individu yang berpengalaman, yang berjaya di mana-mana beliau berada, jadi saya percaya terhadap beliau."

Baca: Tomas Rosicky 'The Little Mozart'

"Dan saya berharap beliau akan melakukannya dengan lebih baik dan kita akan melihat pasukan terus berkembang dan dibentuk."


Post a Comment

Previous Post Next Post