Usmanov labur $200 juta dalam kelab bolasepak.

Selepas melepaskan pegangan saham yang dimiliki beliau ke atas Arsenal, Alisher Usmanov dilihat tidak berminat untuk meninggalkan dunia bolasepak dan masih meneruskan minat beliau itu dengan melabur kepada sukan ataupun kelab bolasepak yang lain.



Terkini beliau dilaporkan telah melabur sebanyak $200 juta (kira-kira £154.3 juta) kepada kelab bolasepak Uzbekistan, FC Pakhtakor Tashkent.


Sejak memutuskan untuk menjual saham Arsenal, terdapat banyak spekulasi tentang langkah seterusnya yang bakal dilakukan Usmanov.

Dan yang paling kuat diperkatakan adalah beliau bakal melabur terhadap kelab bolasepak Inggeris, Everton yang dimiliki salah seorang sahabat beliau iaitu Farhad Moshiri yang memiliki sebanyak 58.8 % pegangan saham Everton.

Dakwaan tersebut diperkuatkan lagi setelah beliau mengeluarkan kenyataan dimana beliau tidak menolak sebarang kemungkinan untuk menolong sahabatnya itu (Moshiri).

Farhad Moshiri. Kredit foto: Daily Mail
“We are friends with Farhad Moshiri. If he needs the support, I am happy to help.” - Usmanov.

Beliau juga mengakui dimana beliau turut menerima 'banyak cadangan' untuk melabur didalam kelab bolasepak.

Namun, beliau akhirnya memutuskan melabur kepada kelab yang berasal dari negara beliau sendiri iaitu Pakhtakor.



Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev turut mengucapkan tahniah kepada Usmanov.
Malah laman rasmi Pakhtakor turut memaparkan berita mengenai usaha Usmanov yang melabur terhadap kelab itu dengan ucapan tahniah dan terima kasih.

Tindakan beliau itu turut mendapat perhatian Presiden negara tersebut, Shavkat Mirziyoyev yang menganugerahkan pangkat 'El-Yurt hurmati'  Alisher Usmanov.

"Kami sangat menghargai sumbangan besar daripada rakan-rakan kami untuk pembangunan cawangan ekonomi Uzbekistan, pelaksanaan projek-projek besar bersama, pengukuhan hubungan awam dan kebudayaan dan kemanusiaan dengan negara kita" - jelas Presiden Uzbekistan semasa majlis tersebut.

Info Ringkas FC Pakhtakor Tashkent.

Ditubuhkan pada tahun 1956, hanya tiga tahun selepas Usmanov dilahirkan, mereka kini bermain di  stadium yang mempunyai kapisiti 35,000 tempat duduk di liga utama Uzbekistan.

Stadium Pakhtakor
Memenangi 11 kejuaraan liga (division pertama) semenjak liga utama diperkenalkan pada tahun 1992, mereka menamatkan musim lalu ditangga ketiga.

Selain itu, mereka turut memenangi 11 Piala Uzbekistan selepas kejatuhan USSR yang menyaksikan mereka meninggalkan liga Rusia.

Post a Comment

Previous Post Next Post