Perlawanan buat Mustafi, Ramsey dan Xhaka.

Arsenal berjaya mencatatkan kemenangan kedua liga apabila menewaskan Cardiff City 3-2 ditempat lawan malam Ahad lalu.



Namun kemenangan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah buat Arsenal dimana mereka dipaksa bekerja keras sebelum menamatkan perlawanan dengan memperolehi tiga mata berharga.


2:3

Jaringan
0 : 1Shkodran Mustafi 11. / header  (Granit Xhaka)
1 : 1Camarasa 45. / right-footed shot  (Joe Bennett)
1 : 2Pierre-Emerick Aubameyang 62. / right-footed shot  (Alexandre Lacazette)
2 : 2Danny Ward 70. / header  (Sean Morrison)
2 : 3Alexandre Lacazette 81. / right-footed shot  (Lucas Torreira)

Unai Emery melakukan sedikit perubahan pada kesebelasan utama Arsenal kali ini dengan perubahan pada jentera serangan dan mengekalkan gandingan tengah (Guendouzi bersama Xhaka) serta barisan pertahanan (Bellerin, Mustafi, Sokratis dan Monreal).


Lacazette buat pertama kalinya diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan, bertindak selaku penggempur utama dan Aubameyang yang turut diturunkan Emery pada perlawanan ini diletakkan pada posisi sayap kiri.

Manakala Ozil, sebelum ini direhatkan ekoran masalah kesihatan turut diturunkan dan beraksi pada posisi sayap kanan.

Sementara Ramsey pula bertindak selaku No. 10.

Kesebelasan dan formasi Arsenal
Kesebelasan dan formasi Cardiff
Arsenal turun dengan formasi kegemaran Emery iaitu 4-2-3-1,  menentang Cardiff yang turun dengan formasi 4-4-1-1.

DOMINASI

Arsenal jelas mendominasi perlawanan ini sebagaimana kehendak yang dikehendaki oleh Emery apabila menguasai 72% perlawanan.


Pun begitu, disebalik penguasaan yang dimiliki dan corak permainan aggresif yang dipamerkan Arsenal, pemain-pemain Arsenal seringkali melakukan kesilapan individu yang tinggi (kerap).

Mujur pemain-pemain Cardiff juga gagal mengambil kesempatan tersebut selain mereka kerap kehilangan penguasaan bola.

Dengan Aubameyang dan Ozil beraksi pada posisi sayap, Arsenal dilihat lebih banyak mencipta peluang dari kedua-dua sudut berkenaan (terutama dari belah Monreal dan Aubameyang) selain percubaan dari jarak jauh serta 'set piece'.

Percubaan kedua-dua pasukan.
Walaupun Arsenal secara keseluruhannya banyak melakukan hantaran pendek, namun jika dibandingkan dengan Cardiff, Arsenal juga lebih banyak melakukan dan menggunakan hantaran jauh pada perlawanan tersebut.

Jumlah dan jenis hantaran kedua-dua pasukan.

 XHAKA, MUSTAFI DAN RAMSEY

Malam itu adalah malam buat Mustafi, Ramsey dan Xhaka kerana ketiga-tiga mereka berjaya mempamerkan prestasi cukup menarik walaupun Xhaka pada satu ketika ada membuat kesilapan dalam melakukan hantaran.

Mungkin pilihan untuk mengatakan Xhaka bermain dengan baik pada perlawanan ini tidak begitu digemari, namun hakikatnya beliau bukanlah seteruk mana.


Permulaan liga menyaksikan prestasi beliau begitu teruk sekali terutama ketika berdepan Manchester City dan juga Chelsea, sehinggakan Emery menggantikan beliau dengan Lucas Torreira.

Namun pada pertemuan menentang West Ham, Xhaka membuktikan kehebatan beliau terutama selepas bergandingan bersama Torreira (baca disini).

Beliau apabila diberikan kebebasan, pasti akan memberikan hasil yang memberangsangkan (walaupun tidak ramai yang setuju).



Dan ketika menentang Cardiff, walaupun tanpa Torreira, beliau tetap mempamerkan aksi yang cemerlang apabila berjaya melakukan 'key pass' kedua terbanyak (berkongsi bersama Lacazette) dikalangan pemain Arsenal selain beliau juga memegang bola paling banyak pada perlawanan tersebut.

Itu bermakna beliau banyak memberi dan menghantar bola kepada rakan sepasukan selain menjelaskan bahawa beliau pada perlawanan tersebut adalah individu yang mengawal tempo permainan buat Arsenal.

Serta satu bantuan gol juga berjaya dihasilkan beliau.

Manakala Mustafi, antara pemain yang turut menerima kecaman dari kalangan peminat dan penyokong Arsenal juga berjaya mempamerkan aksi yang cemerlang.


Selain berjaya menjaringkan gol, beliau merupakan pemain pertahanan yang mencatatkan 'Aerials Won' tertinggi dikalangan pemain Arsenal.

Walaupun prestasi beliau jika dibandingkan dengan Sokratis pada bertahan dilihat agak teruk, lebih-lebih lagi apabila membiarkan pihak lawan menjaringkan dua gol.

Namun dua 'interceptions' yang dilakukan beliau selain lima 'clear' juga tidak  mengecewakan pada situasi bertahan.

Dan dari sudut serangan, khidmat dan prestasi beliau tidak mampu dinafikan dan hasilnya satu gol berjaya dijaringkan beliau.

Pun begitu, jelas sekali Emery juga perlu memberi perhatian lebih kepada barisan pertahanan Arsenal yang dilihat begitu goyah dan tidak teratur.


Mustafi vs Sokratis
Pemain Opponent Mins Tackles Inter Fouls Offsides Clear Pass % Pass success Crosses Long Ball
Shkodran Mustafi Cardiff 90 1 2 1 3 5 67 80.6 1 2
Sokratis Cardiff 90 - 1 1 - 3 75 92 - 3

Ramsey pula, bermain diposisi tengah menyerang yang menjadi posisi terbaik buat Ozil, beliau tidak menghampakan pada perlawanan menentang Cardiff.


Dengan peranan sebagai no.10, Ramsey jelas tidak mengecewakan apabila melakukan empat 'key passes' - peluang terbanyak dicipta oleh beliau berbanding mana-mana pemain Arsenal yang lain, selain melakukan dua percubaan tepat.


Selain itu, beliau juga bertindak selaku penyerang kedua dengan dibantu oleh Ozil yang akan mengisi tempat beliau ketika beliau naik keatas (menjadi penyerang kedua) dan ini memberikan satu kelabihan buat jentera serangan Arsenal, sesuatu yang hampir lengkap mengenai jentera serangan Arsenal.

Heatmaps Ramsey.
Heatmaps Ozil.
Heatmaps Ramsey + Ozil.

BONUS


Turun buat kali pertama dalam permulaan kesebelasan utama Arsenal, beliau nyata tidak mengecewakan.

Lebih-lebih lagi beliau mampu menyempurnakan peluang terhidang dengan menjaringkan gol pada sudut yang sempit - agak sukar.

Sudut sukar yang berjaya disempurnakan Lacazette.

Statistik Pemain Arsenal 

Pemain Shot Shot On Target Key Passes PA% Aerials Won Touches Assist Goal
Aaron Ramsey 2 2 4 79.4 1 81
Granit Xhaka 2 0 3 85.9 4 120 1
Alexandre Lacazette 5 3 3 72.7 2 50 1 1
Shkodran Mustafi 3 2 1 80.6 5 82 1
Mesut Özil 0 0 1 83 2 58
Lucas Torreira 0 0 1 100 0 33 1
Pierre-Emerick Aubameyang 2 1 0 82.1 0 45 1
Sokratis 0 0 0 92 4 83
Nacho Monreal 2 2 0 86.8 2 83
Héctor Bellerín 1 1 0 87 1 65
Matteo Guendouzi 0 0 0 90.9 1 60

Berdasarkan statistik diatas, Xhaka dilihat berfungsi dengan bagitu baik, dengan corak hantaran yang diterapkan Emery sebagaimana menentang Cardiff (walaupun terdapat sedikit kesilapan yang dilakukan beliau).

Dan tugas memberi bantuan kepada pertahanan tengah dilihat lebih cemerlangan dengan khidmat Torreira.

Serta Petr Cech juga harus lebih yakin dan mengurangkan kesilapan dalam melakukan hantaran yang mana Emery lebih gemar untuk menerapkan serangan bermula dari bawah.

Post a Comment

Previous Post Next Post